-----------------------------------------------
Hak copy - http://kabar-baik.net
Dengan menyertakan link http://kabar-baik.net anda telah memiliki ijin download
-----------------------------------------------
Pemosting: tamadun
Tue Oct 14, 2008 11:23 am
Judul: Soal aborsi perlukan pengertian.. apakah pendapat anda?
-----------------------------------------------
Soal aborsi tidak pernah dinyatakan secara jelas dalam Alkitab maupun dalam Alquran. Di kebanyakan negara dunia ada yang menyokong aborsi dan ada yang menolak aborsi. Saya selalu mendendar bahwa seorang pensyarah di kampusdirogol atau mengandung tanpa keinginan maka perlukah mereka mendapat mandat untuk menggugurkan kandungannya(baby dalam perutnya)?
Kedua, apabila wanita mengandung tetapi bahaya kepada kesihatannya dan mungkin membawa kematian, maka apakah perlu wanita ini menggugurkan kandungannya?
Ketiga, sedangkan tidak terdapat ayat dalam mana-mana agama yang menyokong hal ini. Maka, tidakkah lebih baik sekiranya dibenarkan?
Keempat, jika aborsi dibenarkan maka ramai yang akan sengaja melakukan aborsi dengan alasan tidak sedia dan tidak terdapat mana2 ayat dalam kitab agama menegah perbuatan aborsi. Sejauhmana ia tidak bahaya atau sejauhmana bahaya?
Apakah yang pertamanya perlu diikuti dan penilaiannya ialah mungkin terhadap peratus kebaikannya atau keburukannya. Mungkin peratus yang lebih tinggi dianggap sebagai alasan paling baik.
:lol: :?
-----------------------------------------------
Perhatian: Penyalahgunaan hak copy/cipta, file, isi dan segala yg berkenaan dengan ini adalah tanggung-jawab anda sepenuhnya.
---------------- B-A-T-A-S -------------------
-----------------------------------------------
Hak copy - http://kabar-baik.net
Dengan menyertakan link http://kabar-baik.net anda telah memiliki ijin download
-----------------------------------------------
Pemosting: bidayuhms
Tue Oct 14, 2008 1:08 pm
Judul: Soal aborsi perlukan pengertian.. apakah pendapat anda?
-----------------------------------------------
Yah! ulasan anda tepat dengan keadaan sebenar masyarakat kita. Pada pendapat saya, aborsi ini adalah "bagaimana kita melihat soal kemanusiaan" dasarnya berpegang kepada prinsip penciptaan. Dimana, tidak ada dasar menyokong bahwa walaupun sejauh "subyek evolusi" untuk membuktikan bahwa tidak wujud penciptaan.
Penciptaan disini merujuk kepada penciptaan secara "mikro" dimana dianggap bahwa evolusi sudahpun terjadi pada tingkat mikro dimana sudahpun "baby" tersebut ada dalam janin maka adanya janin tersebut terkandung dalam konteks penciptaan. Soalnya berbahaya atau tidak terhadap kandungan si ibu tetap terletak pada "perlunya" penerimaan terhadap "si anak dalam kandungannya".
Penerimaannya disini ialah, perubatan moden untuk menerima bayi di lahirkan di hospital membuktikan bahawa "si ibu" selamat melahirkan anak yang "mati dalam kandungan ataupun hidup". Oo..kalau begitu, bagaimana pula kalau zaman dahulu tanpa adanya sistem "perubatan moden" tentu sahaja mati "si ibu" tersebut?. Oo..itu terletak pada tangan Tuhan untuk menyelamatkan "si ibu" tersebut atau umumnya bomoh lebih "kuat". Tidak juga? jadi bagaimana lagi?? . Menurut sumber perubatan zaman dahulu,memang ramai "si ibu" yang mati dengan selepas saja melahirkan "si anak". Saya bertanyakan bahwa mana satu yang perlu diberi keutamaan. Si ibu atau si anak?
Jawapannya mungkin anda akan kata bahwa "kedua-duanya penting". jadi bagaimana lagi?? maka kedua-duanya harus diselamatkan dengan cara lebih sempurna(tanpa menggunakan bomoh), cuba gunakan apa cara yang ada untuk menyelamatkan keduannya.
Pemberatannya bagi yang mengikut agama bukanlah terletak kepada si ibu tetapi lebih kepada "kemanusiaan" walaupun si ibu tersebut "malang" kerna memiliki anak yang tidak diinginkan tambahan pula dalam masa tidak diperlukan. Ini bukanlah prioriti bagi si ibu kerna si ibu bergantung kepada tuhan yang bertindak sebagai "pencipta" kepada si anak. Jelas bahwa sokongan terhadap si ibu anda tanpa sokongan konsep "ciptaan" dan lebih kepada soal "duniawi" dimana sikap manusia yang menginginkan atau tidak menginginkan tetapi TUHAN harus dilihat sebagai priori dalam kes ini.
Oleh itu, dalam pandangan saya, aborsi tidak diperlukan. :)
-----------------------------------------------
Perhatian: Penyalahgunaan hak copy/cipta, file, isi dan segala yg berkenaan dengan ini adalah tanggung-jawab anda sepenuhnya.
---------------- B-A-T-A-S -------------------