Saturday, October 4, 2008

Fakta Teori Tentang Kekuatan Alkitab

Agama Kristian dan Alkitab dari dulu hingga kini telah menghadapi pelbagai cabaran dalam perkembangannya. Hasil kritikan dan saranan yang membina daripada ahli falsafah ternama dan golongan pemikir telah menempatkan Kristian sejati yang tidak menurut dominasi gerejanya dan menurut Alkitab seratus peratus percaya bahawa Kristus adalah Tuhan. Anda tahu bahawa seorang pengkaji yang tidak objektif tidak banyak mengutip sumbangan fikiran hasil kerja terhahulu akan ketinggalan dari segi mutu kajiannya, akibatnya pihak yang rugi adalah diri sendiri dan semestinya sama dengan nyawanya sebagai seorang yang beragama. Beberapa sarjana seperti, Adolf Hernack telah memerhatikan bahawa kebangkitan gereja awal bukan sahaja kerana mereka telah mengasihi lebih daripada kumpulan lain, mereka juga telah berfikir lebih daripada pengkritik mereka. Orang Kristian awal sangat suka bercakap tentang kebenaran intelek dan kerasionalan wahyu Kristian dan kini tiba masanya kita mendapat kematangan dalam Kristian. Disini saya akan jelaskan beberapa ujian yang perlu dilalui oleh seorang Kristian yang benar dan penurut agama yang benar:

  1. Bukti Arkeologi dan Sejarah Seperti kebanyakan pandangan terhadap Yesus- namun apak faktanya? Jika kita mengadakan CSI investigation terhadap bukti Yesus Kristus, apakah yang akan kita jumpai? Tiada rahsia sebelum ianya terbuka? Hanya sebuah tulisan misteri tentang Yesus yang berbeza? Atau adakah kita menemui bahawa sebenarnya manusia yang dilahirkan di Nazareth ini sebenarnya seperti yang dituntut oleh dirinya? Untuk mengadakan penyiasatan tulus terhadap kebenaran Yesus Kristus, kita harus mendengar daripada penjelasan sarjana yang telah memberi penilaian objektif terhadap bukti tersebut. Dibawah merupakan tajuk besar bagi artikel daripada Y-Jesus magazine yang menanyakan tentang persoalan terntang. Mereka membuktikan penemuan yang dijalankan oleh para Sarjana kita. Terhadap apa yang anda percayai, penyiasatan terhadap kenyataan tentang Yesus Kristus merupakan pengalaman berharga.
  2. Bukti Statistik dan Matematik Sebuah penemuan yang Unik dan relevan dengan ilmu sains dan matematik oleh para Saintis. Penemuan terbaik Kristian zaman baru yang kini menjadi isu hangat diperdebatkan dikalangan skeptikal agama. Laman ini juga menyediakan anda dengan video 3gp yang boleh dimuat turun tentang Matematik dan Alkitab. Walaubagaimanapun, tiada satupun teori yang dikira sahih dan dapat menidakkan kebenaran penemuan tersebut. Untuk mengetahui kebenaran dan kesahihan penemuan tersebut silakan ke http://www.biblecodedigest.com/ . Selain daripada itu, seorang pastor yang terkenal telah membuka kebenaran Alkitab dari segi statistik jangka masa nubuat dan sebagainya beliau unik dengan tulisannya yang bermutu dan ilmiah. Beliau ialah Ellis Scolfield yang kini telahpun mencecah umur 80 tahun keatas dan telahpun bersara. Kini beliau melayani disamping giat dalam menulis buku, sebahagian buku beliau yang berkaitan dengan persoalan matematik dan Alkitab boleh dimuat turun daripada laman web http://www.fishhousepublishing.com sebahagiannya terdapat dalam buku The False Prophet dan terkini ialah Islam In The End Times, 2007.
  3. Ujian yang perlu dilalui oleh Sarjana:
  1. Adakah Yesus sememangnya jelmaan atau manusia?

"Born Identity" menanyakan Sejarawan, musuh Yesus, dan ahli Arkeologi sama ada keseluruhan Kristianiti adalah didirikan sebagai mitos. Apakah yang disimplkan oleh sarjana? (read more)

  1. Adakah Yesus sememangnya Tuhan?

    "Jesus Complex"menanyakan persoalan akan identity sebenar Yesus: adakah beliau gila, pembohong cerdik. Ataukan sememangnya Anak Tuhan? Adalah mustahil bahawa Yesus hanyalah sebagai seorang guru sahsiah yang baik? Seorang bekas skeptic ternama seperti C.S. Lewis akan menjawab bagi anda dalam majalah ini. (read more)

  2. Benarkah komplot "da vinci code"?
    "Mona Lisa's Smirk" menyiasat tentang teori komplot yang dilemparkan terhadap Yesus. Dimanakah Yesus dan and Mary Magdalene berkahwin? Adakah Konstantinople telah memusnahkan rekod sebenar tentang Yesus Kristus mematahkan penyembahan Kristian terhadap Tuhan hari ini? (read more)

  3. Adakah perjanjian baru masih relevan hari ini?
    "Jesus.doc" menjalankan ujian terhadap Perjanjian Baru akan tuntutan Yesus dalam usaha menjelaskan kesinambungan dan masih boleh dipercayai. Bagaimanakah dokumen ini dibandingkan dengan tulisan terdahulu? Bolehkan kita mengulang lagi ke penyataan Perjanjian Baru hari ini iaitu balik ke masa ianya dituliskan, atau adakah bukti bahawa ianya telah diubah? (read more)

  4. Adakah Yesus sememangnya Mesias yang dinubuatkan?
    "The Path Laid by Prophets" menyiasat tentang Ibrani kuno tentang kedatangan Mesias. Dimanakan letaknya nubuat umum atau spesifik pada masa depan, dan jika spesifik, bagaimanakah tepatnya Yesus menggenapinya? Apakah yang dikatakan oleh skrol yang dijumpai di Laut Mati Dead Sea Scrolls terhadap penggenapan nubuatan kuno tersebut? Adakah sememangnya bukti ini menyatakan Yesus sebenarnya Mesias atau penyamar? (read more)

  5. Kebangkitan Yesus: dongeng atau realiti?
    "Body Count" berhadapan dengan persoalan penting yang seseorang boleh persoalkan tentang Yesus Kristus- adakah beliau sebenarnya bangkit dari kematian atau tidak pernah mati atau digantikan oleh orang lain atau dicuri? Suatu media terkini mempersoalkan tentang "The Jesus Family Tomb" telah membuka ruang untuk kita menjalankan penyiasatan tulus terhadap bukti tersebut. Adakah Kristian seharusnya menerima kebangkitan Yesus hanya secara iman membuta tuli, atau adakah bukti nyata untuk menyokong bahawa acara yang tidak sengaja ini sebenarnya berlaku? (read more)

  6. Bolehkah Yesus memberi makna pada hidupan anda?
    "Why Jesus" mengkaji tentang persoalan sama ada Yesus masih relevan sehingga ke hari ini. Bolehkah Yesus memberi jawapan terhadap persoalan terbesar dalam hidup: "siapakah aku?" "mengapa aku disini?" Dan, "kemanakah aku pergi?" Gereja mati dan penyaliban telah menuntun seorang untuk mempercayai bahawa dia tidak dapat, dan bahawa Yesus telah meninggalkan kita berhadapan dengan dunia tidak tertanggung. Namun Yesus membuka mengatakan tentang hidup dan tujuan kita di bumi dan harus diuji sebelum kita tulis beliau dikatakan sebagai tidak mengambil berat atau lemah. Artikel ini menguji tentang misteri mengapa Yesus datang ke bumi. (read more)


    C). Bukti Atribut Ketuhanan

    Kebanyakan kita tahu bahawa atribut ketuhanan meliputi ciri-ciri Tuhan seperti mahakuasa, mahahadir, mahaadil dan sebagainya. Ramai yang menyalahtafsirkan konsep ketuhanan Triniti dengan mengajukan pelbagai pandangan. Hal ini tidak perlu ditakuti mahupun dielakkan, sesungguhnya hal inilah yang telah menguatkan teologi Kristian dalam menghadapi kritikan dan pandangan masyarakat. Hasilnya ramai yang semakin percaya kepada Tuhan tanpa perlu membuta tuli. Sebahagian jawapan bagi Triniti telahpun dijawab iaitu Triniti berdasarkan persoalan dan ulasan ringkas tentang triniti. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bukti triniti menurut persepsi Islam silakan tekan sini atau terus ke http://www.the-good-way.com (penerangan dalam dwi-bahasa).


Untuk bahasa Inggeris mengenai pertanyaan atribut ketuhanan silakan ke www.DiscoverGod.com .


D). Bukti Sains dan Alkitab

Saintis yang mengetuai satu kumpulan yang telah memecahkan genom manusia akan menerbitkan sebuah buku yang akan menerangkan mengapa dia percaya akan kewujudan Tuhan dan yakin bahawa mukjizat adalah benar. Francis Collins, Pengarah US National Human Genome Research Institute, mendakwa ada dasar rasional untuk pencipta dan penemuan saintifik membawa manusia "lebih dekat kepada Tuhan". Dalam bukunya, The Language of God(Bahasa Tuhan), yang akan diterbitkan pada bulan september, akan membuka perbahasan masa lampau tentang perhubungan di antara sains dan iman. " Satu daripada tragedi besar dalam masa kini ialah tentang tanggapan bahawa sains dan agama sepatutnya berperang" kata Collins, 56.

"Saya sama sekali tidak dapat melihat yang ini sebagai perlu dan saya berfikir bahawa ini sangat mengecewakan apabila suara nyaring yang menguasai keterlampauan dalam spektrum ini telah mendominasi pentas dalam masa 20 tahun yang berlalu".

Bagi Collins, pemecahan genom manusia ini tidak melahirkan konflik dalam mindanya. Malah, membenarkan dia untuk "mengimbas akan pekerjaan Tuhan".

"Apabila anda melakukan penemuan, ia adalah saat kegembiraan yang saintifik kerana anda telah lama berkecimpung dalam pencarian ini dan telah menemukannya", kata dia. " Tetapi ia juga adalah saat yang mana saya sekurang-kurangnya merasai keintiman dengan Pencipta dalam perasaan yang memiliki sesuatu yang belum pernah diketahui manusia sebelum ini tetapi Tuhan telah mengetahui semuanya". "Apabila anda memiliki buat pertama kalinya di depan anda buku arahan yang mengandungi 3.1 bilion huruf yang menyampaikan semua jenis maklumat dan pelbagai jenis misteri tentang manusia, anda tidak dapat meninjau semuanya ini dengan meneliti halaman demi halaman tanpa perasaan kagum. Saya tidak dapat menolong tetapi lihat akan halaman-halaman tersebut dan miliki perasaan yang membingungkan dan ini memberikan saya imbasan tentang minda Tuhan".

Collins menyertai barisan saintis yang mana pencarian membawa kepercayaan mereka kepada Tuhan lebih mendalam lagi. Isaac Newton, yang menemui hukum graviti dan memperbaiki pemahaman kita tentang alam semesta, berkata: Sistem yang paling indah ini hanya boleh diteruskan dengan penguasaan daripada satu makhluk yang pintar dan berkuasa".

Walaupun Einstein merevolusi pemikiran kita tentang masa, graviti dan penukaran jirim kepada tenaga, dia percaya bahawa alam semesta ada penciptanya. "Saya mahu mengetahui pemikiranNya: perkara-perkara lain adalah perincian" kata dia. Namun Galileo telah disoalsiasat dan dibicarakan pada tahun 1633 dengan "bidaah" yang mendakwa bumi bergerak mengelilingi matahari. Salah satu kepercayaan Collins yang menjadi sangat kontroversi ialah tentang "evolusi theistik(Tuhan mencipta dengan kaedah Evolusi)", yang mendakwa pemilihan semula jadi ialah alat yang Tuhan pilih untuk mencipta manusia. Dalam versi teorinya, dia mengemukakan alasan bahawa manusia tidak akan berevolusi lebih jauh.

"Saya melihat tangan Tuhan ke atas pekerjan yang melewati mekanisme evolusi. Jika Tuhan memilih untuk mencipta manusia berdasarkan imejNya dan memutuskan bahawa mekanisme evolusi merupakan cara yang anggun untuk mencapai matlamat tersebut, siapalah kita untuk bercakap bahawa ini bukan caranya" katanya. "Secara saintifiknya, segala daya evolusi melalui pemilihan semula jadi telah mempengaruhi manusia secara mendalam dengan perubahan budaya dan persekitaran dan juga pengembangan species manusia kepada 6 bilion ahli. Jadi apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat".

Collins adalah seorang ateis (golongan yang tidak mempercaya kewujudan Tuhan) sehingga dia berumur 27 tahun, dan sebagai doktor muda dia kagum dengan keteguhan yang iman lahirkan dalam sesetengah pesakitnya yang dikategorikan sebagai pesakit paling kritikal.

"Mereka memiliki penyakit yang teruk yang mana mereka mungkin tidak akan lari dari hal ini, dan bukannya mengadu kepada Tuhan mereka bersandar kepada iman sebagai sumber ketenangan yang indah dan keyakinan" katanya. "Itu adalah menarik, membingungkan dan mengusik".

Dia memutuskan untuk melawat pemimpin Methodis dan diberi satu salinan tentang kristianiti C S Lewis Mere, yang bertengkar tentang Tuhan ialah satu kemungkinan yang semula jadi. Buku tersebut telah mengubah hidupnya. "Itu adalah satu pertengkaran yang saya masih belum bersedia untuk mendengarnya" katanya. "Saya amat gembira dengan idea bahawa Tuhan itu tidak wujud, dan ia tidak ada kepentingan dalam hidup saya. Pada masa yang sama juga, saya tidak dapat melarikan diri daripada hal ini".

Kesedarannya terbit apabila dia pergi mendaki Cascade Mountains di negeri Washington. Dia berkata, "Ia merupakan petang yang indah dan tetiba keindahan ciptaan yang hebat di sekeliling saya sungguh menawan jiwa. Saya berasa, 'Saya tidak boleh menangguhkan lebih lama lagi'." Collins percaya bahawa sains tidak boleh digunakan untuk mengkritik kewujudan Tuhan kerana sains hanya terlibat dalam dunia "natural" (fizikal). Dalam hal ini, dia percaya bahawa keajaiban adalah kebarangkalian yang benar. "Jika seseorang sanggup menerima kewujudan Tuhan atau sebarang kuasa luarbiasa yang lebih daripada dunia semulajadi, maka bukanlah masalah logik untuk mengakui kebenarannya, mana tahu kadangkala ada kuasa luarbiasa mungkin akan menyerang," katanya.

E. Sejarah Hidupnya sebagai manusia ringkas dan paling berpengaruh dalam sejarah manusia.

Tetapi yang peliknya, résumé nya sangat ringkas. Dia tidak pernah mengembara lebih daripada ratusan batu daripada rumah-Nya. Dia tidak mengambil sebarang kedudukan politik, tidak pernah menulis sebarang buku, tidak pernah berkahwin, tidak pergi ke kolej, tidak pernah melawat kota-kota besar. Dia mati kemiskinan dan tiada berharta.

Tetapi Dialah yang paling mashyur dalam sejarah manusia. Lebih banyak lagu yang telah dinyanyikan tentang-Nya, seni lukisan yang dilukis tentang-Nya, buku yang ditulis tentang Dia lebih daripada mana-mana orang yang pernah hidup. Tambahan pula, berbillion orang dari seluruh pelosok dunia menyembah Dia sebagai Tuhan. Malah orang-orang yang tidak percaya pun sentiasa diingatkan oleh tempias pengaruh-Nya apabila kita mengira-ngira tahun masehi yang berkisar daripada tahun kelahiran-Nya. Kalendar kita dibahagikan kepada tahun sebelum dan selepas kelahirannya, BC (before Christ) dan AD (Anno Domini, in the year of our Lord).

Tiada pasukan tentera, negara atau orang perseorangan yang berjaya mengubah sejarah manusia sebanyak yang telah dibuat oleh Yesus, si miskin yang tidak berumah. Simbol Yesus, salib telah menjadi simbol yang paling mashyur dalam sejarah. Sehinggakan artis rap' 50 Cents dan 'old-school rocker Axl Rose of Guns N' Roses' baru-baru ini memakai salib pada leher mereka ketika Anugerah Video Muzik MTV. Yesus telah menjadi sebahagian daripada fesyen Amerika.

Saya kira ujian dalam bahagian diatas sudah cukup kuat mengesahkan kebenaran Alkitab bagi yang sudah habis membacanya.

Selamat membaca dan Semoga diberkati!