Monday, August 18, 2008

BUKU TRINITI adakah Kristian menyembah tiga tuhan?

BUKU TRINITI

PENGENALAN
Petikan Al -Quran:
Al-Maidah 68:
“Katakanlah,wahai orang yang beriman! Kamu tidak mempunyai apa-apa kecuali kamu berpegang kepada Taurat dan Injil,dan semua ini akan membuka mata kamu kepada Tuhan kamu.”
Surah Al-Maidah 46:
“Dan kami biarkan mereka (nabi-nabi yang terdahulunya) mengikut jejak Isa, anak Maryam, memenuhi (menggenapi) apa yang ada di tangannya daripada Taurat dan kami memberi Dia kitab yang mengandungi petunjuk dan cahaya,dan mengesahkan apa yang ada di tangannya yang daripada Taurat,sebagai petunjuk dan amaran kepada orang yang takut kepada Tuhan.”
Surah Al-Maidah 47:
“Dan orang di dalam Kitab harus mengikuti apa yang telah ditentukan mengikut kehendak pernyataan Tuhan itu. Dan sesiapa yang tidak mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan,adalah orang yang busuk hati,”
Surah Al-Baqarah 62 :
“orang yang benar daripada Yahudi, Kristian dan Sabian, sesiapa yang percaya kepada Tuhan dan hari kiamat ,melakukan amalan yang baik,mereka akan mendapat pahala daripada Tuhan mereka, dan ketakutan tidak akan mendesak mereka berputus asa.”

BAB 1
PEMBAHASAN SECARA ILMIAH
Sudah menjadi fitrah manusia bahawa dengan meningkatkan pendidikan dan pengalaman hidupnya, maka berubah juga cara berfikirnya dan cara mengatasi serta membahaskan sesuatu objek.
Pengalaman saya pada setiap kaderisasi Islam selalu dianjurkan untuk berfikir secara ilmiah dalam membahaskan soal apapun. Dan anjuran ini saya praktikkan ketika saya memimpin Lembaga Perbandingan Agama YAKPEBA di Bandung milik agama Islam. (Prof.K.A.M Yusuf Roni)
Dalam perbandingan agama ini, saya tak luput menggunakan cara berfikir proses ilmiah seperti buku” Pengantar Methodologi Research, hal. 52).
Dalam mempelajari kedua kitab Suci ini, timbullah dalam hati saya bahawa ada kebenaran di dalam Alkitab, kerana terganggu untuk berfikiran secara ilmiah , tidak boleh berat sebelah, maka sudah barang tentu kebenaran-kebenaran yang ada dalam Alkitab, harus dapat saya terima.”
Menurut kriteria-kriteria sifat yang perlu dimilikioleh seseorang peneliti ilmiah perlulah seperti berikut;
1. objektiviti ilmiah
2.Daya kemampuan untuk menyesuaikan diri,
3.Keterbukaan terhadap idea-idea baru (Drs, Winardi,...op, cit,..hal 32).
Berdasarkan cara berfikir yang mulai berkembang untuk objektif, maka mulailah saya mempunyai sikap terbuka pada agama-agama lain, selain Islam!
Dan mulailah juga berkembang dalam menafsirkan sesuatu ayat menurut pemikiran sendiri, dan sudah barang tentu mempunyai argumentasi yang kuat, yang pada bahagian lain saya akan buktikan tentang penafsiran Al-Quran.”
Cara berfikir ilmiah seharusnya:
“Apabila kita bersetuju dengan sesuatu idea atau menolaknya, maka kita harus tahu betul apa yang tidak kita setujui, begitu juga apabila kita sependapat kita harus tahu betul, apa yang kita setujui.”2
A.Intern Theologi Kristian
Perlu saya jelaskan bahawa adanya perbezaan antara ilmu agama dengan Theologi adalah :
Menurut W. James, seorang ahli ilmu jiwa agama di Amerika Syarikat sebagai berikut;
“ilmu agama mempergunakan method induktif, sebaliknya Theologi mempergunakan method deduktif.”3
Itu bermaksud :ilmu agama menyimpulkan dari sejumlah hal yang terbatas yang sama jenisnya, yang telah diselidikinya secara methodology, suatu ketentuan umum, yang berlaku untuk semua hal yang sama jenisnya, sedangkan Theologi bertolak dari suatu sudut apriori agamawan dan menarik daripadanya bermacam dalil. Misalnya ilmu agama memberikan tanggapan umum seperti berikut;
“agama Buddha, Kristen dan Islam adalah agama-agama mission(zending) atau agama da’wah maka barulah ia memberikan tanggapan ini sesudah diperiksanya kitab-kitab suci agama-agama dunia ini, darisegi sejarah perluasannya , dan kegiatan-kegiatan missioner.
Sebaliknya Theologi tidak memberikan tanggapan-tanggapan umum. Ia tidak menyamaratakan agama Buddha, agama Kristen dan Islam sebagai agama-agama Mission atau da’wah, oleh kerana ia tidak dapat berdiam begitu sahaja dalam soal kebenaran.”4
Maka oleh itu ada bezanya diantara ilmu agama dengan Theologi, begitu juga apabila si penyelidik itu beragama Islam, sudah tentu penafsiran ayat-ayat Alkitab disesuaikan dengan Al Quran, kerana sesuai dengan kaca mata Islam. Justeru, penafsiran ayat-ayat Alkitab tidak akan sama dengan penafsiran orang Kristian, kerana si penyelidik orang Islam, agamanya pun Islam!
Contoh ayat Alkitab ditafsirkan seperti berikut:
Kidung Agung 5:16
..”Hikku mantakim wekullo mahammadin, Weze doodi, wa ze’mai…
Terjemahan orang Islam, Drs. H. Effendi Zarkasi:
…”langitan mulutnya semata-mata manisan(ucapannya baik-baik, tak pernah bohong,Al Amein) yang ada padanya ialah kepujian semata-mata(kata Muhammad jika diterjemahkan menjadi “pujian”.)
Bahasa Ibrani”mahamaddin” beberti kepujian diterjemahkan dan ditafsirkan sebagai Muhammad( Abu Deedat), inilah Theologi dari kaca mata Islam, saya maklumkan bahawa kerana ini Theologi Islam bukan ilmu agama, kerana penyelidiknya beragama Islam, orang Islam!
Bagaimana ayat tersebut yang sebenarnya terjemahan dan tafsiran menurut Alkitab (Kristen):
…”kata-katanya manis semata-mata, segala sesuatu padanya menarik. Demikianlah kekasihku, demikianlah temanku, hai puteri-puteri Yerusalem.”
Kidung Agung ini adalah kidung dari Raja Salomo memuji kekasihnya, sebagai suatu symbol hubungan Tuhan dengan umatNnya, dan tidak menyangkut paut dengan Muhammad. Jika sebaliknya “pujian’’ ditukar menjadi Muhammad ayatnya berubah seperti berikut:
…”langitan mulutnya (Muhammad) semata-mata manisan, yang ada padanya ialah kepujian semata-mata.
Juga tidak sedikit orang-orang Kristian yang masuk Islam membuat kesaksian/khotbah mengenai perbezaan antara Kristen dengan Islam, serta menafsirkan ayat-ayat menurut tafsiran sendiri!
Sampai-sampai Injil Barnabas, yang tidak dikenal dan diakui oleh Kristen telah dicetak oleh pihak Islam(penerbit CV. Pelita Bandung-Japi Surabaya), disebabkan dalam Injil ini dianggap menguntungkan pendapat Islam. Padahal dalam Injil ini, terdapat banyak keganjilan;bab satu dikatakan Barnabas adalah salah seorang daripada 12 Rasul, hal ini tidak cocok dengan keempat injil lainnya, seperti Markus, Matius, Lukas, dan Yahya, sebab Tuhan Yesus tidak pernah memilih seorang yang bernama Barnabas menjadi muridnya. Selain itu menggalakkan poligami pula. Sedangkan Yesus dan pengikutnya mengajar kahwin satu. Bukankah ini dilakukan oleh Islam untuk membuat perbandingan agama, tetapi saya hargai faedahnya untuk kebebasan berlajar perbandingan agama. Ia amat wajar kerana dipandang dari kaca mata Islam dan bukannya Kristen.
Bukanlah agama Islam sudah cukup percaya dengan Al Quran tanpa perlu mengutip ayat-ayat Alkitab, tetapi dilakukan juga kerana untuk menambah taraf percaya bagi pengikutnya.
Menurut Prof. Dr. K.A.M Yusuf Roni lagi:
“sedangkan dimata hukum, jika saya mengutip ayat-ayat Quran dengan member tafsir yang tidak sama denga orang Islam lainnya, adalah kerana saya meninjau dari kacamata iman Kristen. Sama halnya orang Islam menafsirkan ayat-ayat Alkitab kami , menurut kacamata Islam dan sangat bertentangan sekali dengan ajaran agama Kristen.(Yusuf Roni hal. 65).


B.PENGUTIPAN AYAT-AYAT ALKITAB OLEH ISLAM
Selain daripada itu , Menurut Prof. Dr. K.A.M Yusuf Roni lagi:
“apabila saya dipersalahkan kerana mengutip ayat-ayat Al-Quran dengan memberikan tafsir lain sama sekali dengan tafsir umat Islam, maka dalam kesempatan saya ini ingin membuktikan bahawa dari pihak Islam sendiri melakukan pengutipan ayat-ayat Alkitab dengan memberikan tafsir lain sama sekali dengan tafsir umat Kristen bahkan bertolak belakang dan bertentangan dengan ajaran Kristen.”(Hal.66).
Bukti yang diambil adalah juga berdasarkan pandangan Prof. Yusuf Roni seperti berikut:
Bukti Pertama
Di dalam Muqaddinah” Al Quran dan terjemahannya.” yang dikeluarkan oleh Departmen Agama RI mengutipkan ayat-ayat Alkitab seperti berikut: Matius 5;17,18. Matius 15;24. Kisah 11:19. Kisah 11:2,3 (hal.47,48).
Dengan menafsirkan yang salah menurut kepercayaan dan ajaran Kristen iaitu:
1.”sudah barang tentu bukan kitab Injil, kerana Injilnya hanya membicarakan soal Tuhan daripada anak cucu Israel. Juga sudah barang tentu bukan ajaran Isa as, kerana Isa as sendiri adalah bukan seorang nabi untuk seluruh umat manusia. Ia sendiri mengatakan” (terjemahan Al Quran Departmen Agama RI, hal. 47).
2.memang penyiar-penyiar agama Kristen pergi ke seluruh dunia untuk menyiarkan ajaran Isa as, tetapi Isa as sendiri tidak mempunyai maksud yang demikian itu. Ibid hal.47
3.oleh kerana itu, maka jelaslah bahawa ajaran Isa hanya untuk Bani Israel dan bukan untuk lainnya(hal.48).
4. “demikian juga sewaktu para Rasul-rasul Isa as mendengar Petrus di suatu tempat mengajarkan Injil kepada orang-orang bukan Bani Israel, maka mereka marah.(ibid hal. 48)

Bantahan pandangan:
1. Mereka mengambil sepotong-potong dan tidak memperhatikan konteksnya ayat tersebut dengan seluruh ayat di dalam perikopnya
2. Tidak memperhatikan method pentafsiran ayat-ayat dalam Alkitab sebagaimana yang diajarkan dalam sekolah Theologi Kristen
3. Tidak memperhatikan misi kedatangan Kristus ke dunia sesuai dengan ayat-ayat lain.
Seperti ayat dibawah ini:
Markus 1:15 kata-Nya: "Waktunya telah genap; Kerajaan Allah sudah dekat. Bertobatlah dan percayalah kepada Injil!
Yahya 1:29 Pada keesokan harinya Yohanes melihat Yesus datang kepadanya dan ia berkata: "Lihatlah Anak domba Allah, yang menghapus dosa dunia
Matius 18:11 For the Son of man is come to save that which was lost.
4. Tidak memperhatikan atau tidak mahu tahu /sengaja tutup telinga dengan pesan Yesus yang terakhir kepada murid-muridNya:

Matius 28:18 Yesus mendekati mereka dan berkata: "Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di sorga dan di bumi.28:19 Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, 28:20 dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman."

Markus 16:15 Lalu Ia berkata kepada mereka: "Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk
Lukas 24:47 dan lagi: dalam nama-Nya berita tentang pertobatan dan pengampunan dosa harus disampaikan kepada segala bangsa, mulai dari Yerusalem
Lukas 1:8 Tetapi kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan Samaria dan sampai ke ujung bumi."
Bukti Kedua
Buku nabi Isa dalam Quran dan nabi Muhammad dalam Bibel, karangan Hasbulah Bakry SH, Penerbit Mutiara Jakarta, cetakan keempat tahun 1974; yang berisikan antara lain dalam pengutipan ayat-ayat Alkitab, yang menurut agama Kristen sudah ditafsirkan lain,(atau sangat jauh dari erti sebenarnya). Antara lainnya adalah:
A.1.Mengutip ayat-ayat Injil; Matius 10;5,5,3; Matius 15:24,25,26: Matius 5:17,18: Matius 17:11,37,42. (Drs. Hasbulah Bakry SH, Nabi Isa dalam Al Quran dan Nabi Muhammad dalam Bibel, hal 56).
Dengan menafsirkan Yesus terbatas hanya untuk orang Israel sahaja. Dan ajaran yang salah apabila Yesus untuk ke seluruh dunia.
Bantahan pandangan:
Semestinya menurut ajaran Kristen tidak demikian, oleh sebab itu penafsiran seperti ini bagi ajaran Kristen sangat jelas diselewengkan, kerana dilepaskan dari konteks dengan ayat-ayat lain dalam Alkitab!(lihat bantahan bukti pertama).
A.2. Mengutip Kitab Ulangan 18;17-22, dengan ditafsirkan : menurut umat Islam Musa yang kedua atas Mesias itu telah tiba, dan nabi Muhammad itulah nabi yang dijanjikan nabi Musa,”(ibid 124,125, juga terdapat dalam bukti pertama).
Bantahan pandangan:
Semestinya erti Mesias itu adalah Yesus Kristus, dan ayat ini menubuatkan tentang Yesus, dan sangat tidak dapat diterima apabila ada yang menafsirkannya lain, apalagi seperti tafsiran Hasbulah Bakry. Dandalam Quran sendiri tidak pernah menyebutkan bahawa Nabi Muhammad itu Mesias, hal ini hanya diandaikan umpama membeli selipar sahaja!
A.3Mengutip Kitab Suci Nabi Yesaya 42;1,4: Nabi Muhammad menurut nubuat Nabi Yesaya.(Ibid hal. 130-131)
A.4 Mengutip Kitab Yeremia 31:31,32: Nabi Muhammad menurut Nabi Yeremia(ibid hal.132-133)
A.5Mengutip Kitab Daniel 2:38-45: Nabi Muhammad menurut nubuat nabi Daniel.(ibid hal 135-142).
A.6Menguti Kitab Maleakhi 3:1,2: Nabi Muhammad menurut nubuat nabi Maleakhi.(ibid hal. 142-144).
Bantahan pandangan;
Nubuat-nubuat Nabi-nabi tersebut adalah menuju kepada Yesus , kerana Mesias itu adalah yang dipenuhi oleh Roh Allah, menyelamat manusia dan menebus dosa-dosa manusia dengan mengorbankan dirinya di kayu salib, itulah gambaran Mesias apabila kita membaca keseluruhan nubuat tentang Mesias!
Kalau misi Mesias itu menebuskan dosa manusia, saya kira orang Islam akan menolak kalaulah Nabi Muhammad disebut penebus dosa, bukankah begitu?!
Kerana itu nubuat-nubuat tentang Mesias sangat tidak padan, apabila dipakai untuk menubuatkan kedatangan nabi Muhammad, seperti dilakukan oleh Hasbulah Bakry!
Dan terakhir ialah sesuai dengan pesan Tuhan Yesus adalah sebagai berikut:

Matius 7:15 "Waspadalah terhadap nabi-nabi palsu yang datang kepadamu dengan menyamar seperti domba, tetapi sesungguhnya mereka adalah serigala yang buas. 7:16 Dari buahnyalah kamu akan mengenal mereka…
Apakah nabi itu bernubuat, bermukjizat, atau dinubuat? Apakah buahnya itu? Alkitab menerangkan bahawa nabi itu adalah sebagai berikut;

Daniel 7:25 Ia akan mengucapkan perkataan yang menentang Yang Mahatinggi, dan akan menganiaya orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi; ia berusaha untuk mengubah waktu dan hukum, dan mereka akan diserahkan ke dalam tangannya selama satu masa dan dua masa dan setengah masa.

A.7Mengutip Injil Matius 3:1-3, dengan ditafsirkan bahawa:”Disini kita lihat ada tiga dalil tentang kedatangan Nabi Muhammad. Pertama” kerajaan Sorga,” kedua”Sudah Dekat” dan ketiga di padang Belantara.”(ibid hal. 151).
A.8Mengutip Injil Yahya 14:17; Yahya 15:26. Roh Penolong ditafsirkan Nabi Muhammad(ibid hal 175).
Bantahan pandangan:
Jelas ayat dalam Injil Matius 3:1-3, dipakai hanya sepotong, sehingga seperti orang tambal sulam sahaja. Dan ada yang sangat mengelikan sekali bagi orang Kristen bahawa, kalau Roh Kudus dikatakan Nabi Muhammad . Dan saya kira anak-anak sekolah Minggu pun tahu bahawa Roh Kudus itu adalah Tuhan.Kerana itu Roh Allah sendiri. Jelas ini sangat diselewengkan bukan hanya tafsirnya sahaja tetapi juga terjemahannya paracletos menjadi pericletos akan semestinya membawa maksud lain.

Bukti Ketiga
Buku”Ramalan-ramalan akan kenabian Muhammad saw, adalah hasil ceramah Drs. H. Effendy Zarkasih, pada peringatan Maulud Nabi Muhammad saw di halaman gedung PIKKMI JI, Cikini Raya, Jakarta hari Khamis 18 April 1974, dikeluarkanoleh Divisi Personalia Organisasi, dengan mengutip dan menafsirkan ayat-ayat Alkitab sebagai berikut;
B.1 Mengutip kitab Ulangan 18:15, dengan ditafsirkan:”ucapan Nabi Musa kepada Bani Israel yang tersebut dalam ayat 15 tersebut jelas memberikan ramalan akan diutusnya Nabi Muhammad saw kerana Nabi yang dibangkitkan oleh Tuhan itu seperti Musa, iaitu tidak lain melainkan Nabi Muhammad saw sebab nabi Musa hijrah(dari Mesir ke Palestin) Nabi Muhammad juga hijrah(dari Mekah ke Medina) Nabi Musa Kahwin, perang: Nabi Muhammad pun demikian. (Drs.H Effendi Zarkasih, op,…cit,..hal 4).
Bantahan Pandangan :
menurut Bekas Imam, dan pengerusi kepada Kongress Muslim Kalimantan di Amutai, Hambran Ambrie adalah seperti berikut:
Dalam tahun 1961,semasa saya mencatat kutbah saya di masjid,saya melihat ayat daripada surah Al-Maidah 68, yang berbunyi:
“Katakanlah, wahai orang yang beriman! Kamu tidak mempunyai apa-apa kecuali kamu berpegang kepada Taurat dan Injil, dan semua ini akan membuka mata kamu kepada Tuhan kamu.”
1. Ayat-ayat di dalam Ulangan 18:15 dibaca seperti:
“Sebaliknya Tuhan, Allah kamu akan mengutus seorang nabi kepada kamu ; nabi itu akan seperti aku dan Dia daripada bangsa kamu sendiri;kamu mesti taat kepadanya.”
Dahulunya saya menganggap ayat ini memberi ramalan tentang nabi Muhammad. Perkataan “nabi itu akan seperti aku (Musa)”menunjukkan kepada saya tentang peribadi nabi Muhammad sebagai janji nabi kerana :
•Musa dilahirkan mempunyai ibubapa. Muhammad juga dilahirkan seperti Musa, mempunyai ibubapa.Ini tidak seperti Isa Al-Masih yang dilahirkan hanya mempunyai ibu dan tanpa bapa.
•Apabila Musa meningkat dewasa,dia berkahwin.Muhammad juga berkahwin, dan ini bertentangan dengan Isa yang tidak pernah berkahwin.
•Musa mempunyai anak lelaki, dan Muhammad juga mempunyai ramai anak. Tetapi Isa tidak mempunyai keturunan kerana Dia tidak pernah berkahwin.
•Musa meninggal pada umur yang lanjut dan dikuburkan dan ini terjadi juga pada Muhammad. Tetapi Isa tidak meninggal.Dia telah diangkat ke Syurga dan tidak dikuburkan.
Ternyata benar, bahawa kita tidak boleh menilai dari segi fizikal tentang perkara tersebut malah method Theologi adalah Ontologi dan semuanya perlu melihat kepada simbolik atau secara Rohani atau perspektif spiritual.
B.2 mengutip Injil Barnabas.(Drs. H. Effendi Zarkasih, op,..cit,…hal 6-8).


Bantahan Pandangan:
Injil yang tidak diperakui oleh Kristen, tidak akan dijelaskan dengan lebih lanjut kerana tidak menyangkut tentang Triniti.

Bukti Keempat

Buku”berjudul Iskariot Pahlawan Kemanusiaan, oleh Jachanaan Sumajien, Penerbit Pelajar Bandung, dengan mengutip ayat-ayat Alkitab dan menafsirkan menurut kepentingannya sendiri, adalah sebagai berikut:
1. Mengutip ayat-ayat: 1 Korintus 1:12/ 1 Korintus 9:19-22/Roma 3:7 dengan memberikan tafsir sebagai berikut:” Alkitab sebagai kitab suci ternyata tidak lagi suci! (Jachanaan Sumajien, op,..cit,…hal9)
2. Mengutip ayat : Matius 10:34/ Lukas 14:26/ Lukas 19:27 Kisah 5:11, dengan member tafsir sebagai berikut:” Alkitab yang dinyatakan memencarkan sinarnya Falsafah kasih ternyata tidak lagi kasih.(Ibid.9-10).
3. Mengutip ayat-ayat: 1 Yahya 5:7, dengan member tafsir sebagai yang berikut :”Alkitab yang dihormati sebagai Wahyu Tuhan yang mengumandangkan kebenaran ternyata tidak lagi benar, banyak digerayangi oleh kepalsuan dan kebohongan ayat-ayatnya.(ibid hal. 10).
4. Seluruh buku ini mengutip ayat-ayat Alkitab dan memberi tafsir salah menurut ajaran Kristen!

Bantahan Prof. Jusuf Roni:
Dalam bukti keempat ini, jelas ini menyelewengkan ayat-ayat Alkitab, dan memfitnah Alkitab. Akan tetapi kenapa mereka dibiarkan, sedangkan saya diadili? Apakah kerana tidak ada reaksi daripada orang Kristen. Kalau mahu adil; ada reaksi atau tidak; hukum harus tetap berjalan!(Jusuf Roni hal. 74).

Bukti kelima

Bukti kelima adalah buku “Mengapa Saya Masuk Islam “ karangan M. Zulkarnain(Eddy Crayn Hendrik) seorang yang Kristian menjadi Islam.
BAB 3
KEBEBASAN INTERPRETASI ATAU TAFSIR
Kerana Kitab suci itu diturunkan dan ditulis jauh pada abad-abad yang telah lalu, dimana pola berfikir manusia ketika itu, jauh juga berbeza pada abad sekarang. Sedangkan Kitab suci itu adalah pedoman manusia beragama, haruslah dicernakan sesuai dengan manusia pada zaman masing-masing, kerana itulah maka berkembang interpretasi yang pelbagai tentang tafsir Kitab-Kitab Suci sesuai dengan manusia yang menafsirkan dan berada pada zaman dan kepentingannya.
Sedangkan agama itu sendiri adalah sangat individu, menjadi milik sangat peribadi bagi setiap penganutnya. Hal ini sudah tentu akan menimbulkan tafsir-tafsir secara peribadi , untuk dihayati dan dimiliki menjadi milik peribadi bagi si penganut agama di dalam menyebarkan Kitab Suci agama itu, kerana itu tidak ada alasan yang mutlak dan apriori untuk menyalahkan pengertian dan pemahaman orang lain.
Seperti juga dikatakan oleh Djohan Effendi:
“Sebagai makluk yang bersifat nisbi, pengertian atau pengetahuan manusia tidak mungkin mampu menjangkau dan mengungkap agama sebagai doktrin kebenaran secara tepat dan menyeluruh. Hal itu hanya ada dalam ilmu Tuhan. Dengan demikian apabila seseorang penganut agama mengatakan perkataan agama, yang ada dalam fikirannya adalah agamanya sendiri, bukan itu sahaja, aliran yang dianutnya sendiri bahkan pengertian dan pemahamannya sendiri. Oleh kerana itu pengertiannya tentang agama jelas bukan agama itu sendiri dan kerana itu tidak ada alasan untuk secara mutlak apriori menyalahkan pengertian dan pemahaman orang lain.” (Djohan Effendi, Prisma, Prisma 5 Jun 1978, hal.16)
A. Tafsir berbeza dengan Terjemahan
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia W.J.S, Poerwadarminta ialah:
Terjemahan : Salinan dari sesuatu bahasa kepada bahasa lain
Tafsir : keterangan, penjelasan, pengertian, ulasan, kupasan, komentar.
(W.J.S, Poerwadarminta, Kamus Umum bahasa Indonesia, cetakan ke III, Dinas Penerbit Balai Pustaka, Jakarta, hal 995, dan hal 928).
Perkembangan pedoman pentafsiran itu terletak dari sudut dan segi apa si penafsir memandang, kerana itu saya mengambil beberapa contoh dari kalangan penafsir Al Quran sahaja seperti berikut:
1. Golongan yang meninjau dan menafsirkan Al Quran dari segi bahasa dan keindahan bahasa.
2. Golongan yang meninjau dan menafsirkan Al Quran dari segi tatabahasa, kadang-kadang mereka menggunakan syair-syair Arab untuk mengukuhkan pendapatnya.
3. Golongan yang menitik beratkan pembahasan mereka dari segi kisah-kisah dan cerita-cerita yang terdahulu termasuk berita-berita dan cerita dari orang-orang Yahudi dan orang Nasrani (Alkitab Kristian).
4. Golongan yang mengutamakan penafsiran ayat-ayat Al Quran yang berhubungan dengan hokum fikih.
5. Golongan yang menafsirkan ayat-ayat Al Quran yang berhubungan dengan sifat-sifat Allah.
6. Golongan yang menitik beratkan penafsiran kepada isyarat-isyarat Al Quran yang berhubungan dengan ilmu Suluk dan Tasawwuf.
7. Golongan yang hanya memerhatikan lafaz Al Quran yang gharib (yang jarang terpakai dalam perkataan sehari-hari).

Disamping itu masih kita dapati kitab-kitab tafsir seperti:
a. Tafsir aliran mu’tazillah,
b. Tafsir aliran sy’iah.
(Bandingkan dengan tafsir Quran Departmen Agama Republik Indonesia, hal 32-33).
Selain diatas, terdapat lebih banyak lagi tafsir. Dengan itu jelas bagaimana si penafsir memandangkan dari sudut apa dan penekanannya atau sasaran apa yang akan dikandungi oleh si penafsir.
Selain itu, diantara method tafsiran yang perlu digunakan oleh si penafsir ayat-ayat adalah seperti berikut;
1. Penerokaan atau observasi ialah menterjemahkan nas-nas yang asli dari sumbernya
2. Kritik nas; iaitu nas-nas yang kurang jelas atau mutasyabih, sebab dalam Al Quran terdapat ayat-ayat yang mukhamat dan mutasyabih iaitu mukhamat yang jelas, dan mutasyabih samar atau kurang jelas .
3. Aplikasi;iaitu ayat-ayat itu dicari juga hubungan dengan kehidupan peribadi, sebab itu agama adalah milik peribadi, maka harus ada hubungannya dengan kehidupan peribadi saya.
4. Relevan atau kesesuaian; mencari sangkut pautnya dengan kitab-kitab lainnya ataupun
dengan kehidupan masyarakat, ilmu pengetahuan dan sebagainya yang berhubungan dengan kehidupan sesuai perkembangan zaman.
Dengan demikian berkembanglah ilmu-ilmu tafsir sehingga berbagai-bagai aliran yang timbul, hal ini diakui oleh Bahagian Agama Republik Indonesia sebagai berikut:
“sebagaimana halnya dengan ilmu-ilmu lain, maka di hadapan ilmu tafsir terdapat pula aliran-aliran dan perbedaan pendapat yang timbul kerana perbedaan pandangan dari segi meninjaunya, sehingga sampai saat ini terdapat puluhan bahkan ratusan kitab-kitab tafsir dan berbagai-bagai aliran, sebagai hasil karya dari generasi-generasi sebelumnya.” (Tafsir Quran Departmen Agama Republik Indonesia, hal. 28).
PENERIMAAN TAFSIR DALAM TEKS AGAMA
“Kerana kebebasan tafsir itu pulalah maka menurut saya amat sulit menentukan siapakah yang tafsir paling benar, kerana hak cipta kitab suci itu bukanlah milik manusia akan tetapi Allah, jadi hanya Allah-lah yang berhak menentukan tafsir siapakah ynag paling benar! Sesuai juga seperti dalam ajaran Al-Quran.”
Al-Quran surat Al Hajj 22:69’ mengatakan:
“Allah akan mengadili diantara kamu pada hari kiamat tentang apa yang kamu berselisih padanya.”
“Dalam menafsirkan ayat-ayat Al-Quran memang tidak dapat diseragamkan jangankan tafsir saya dibandingkan dengan umat Islam sudah jelas sangat berbeza, sedangkan sesama umat Islam sendiri banyak terjadi perbezaan penafsiran, para sahabat nabi Muhammad pun berbeza pendapat dalam menafsirkan dan memahami Al Quran”. (Prof. K.A.M Yusuf Roni).
“para sahabat dalam memahami ayat-ayat Al Quran itu mempunyai pendapat yang berlainan, kerana perbezaan cara memahaminya.”(Tafsir Quran Departmen Agama Republik Indonesia , hal. 133).
Oleh itu sesuai dengan keadaan ini,
Dalam soal kutip mengutip kitab suci agama lain, dan menafsirkannya menurut kacamata agama masing-masing dalam dunia agama atau theologi, saya kira hal yang lumrah, sebab dari sudut mana si pengutip dan si penafsir memandang kitab suci agama lain itu.
Dan sudah barang tentu apabila dipandang dari sudut agama yang bersangkutan, maka penafsiran itu tidak dapat diterima, atau merasa diselewengkan!
Hendaknya umat beragama harus berjiwa besar apabila kitab sucinya dikritik, agar kemurniannya yang hakiki.
Oleh sebab itu saya rasa umat Kristian tidak keberatan apabila ada umat agama lain mengutip ayat-ayat Alkitab sekalipun penafsirannya tidak sama dengan ajaran Kristian! ( Bantahan Prof.K.A.M Yusuf Roni:Yusuf Roni 79).
Oleh itu, dengan beberapa contoh yang sesuai dalam artikel ini diharapkan pembaca dapat membongkar kesalahan tafsiran tersebut.
BAB 4
TRINITI
“Trinity adalah diakui topic yang paling menarik dalam berdakwah melalui diskusi, dialog, dan debat dengan kaum salib”
(Ramli Nawai, Abu Deedat Shihabuddin, 2002)
“Berdasarkan kepercayaan Athanasian: "Bapa adalah Tuhan, Anak adalah Tuhan, dan Roh Kudus adalah Tuhan, dan Tuhan bukanlah tiga melainkan hanya ada satu Tuhan."
Dalam Triniti suci ini: "Ketiga wujud tersebut adalah Co-equal dan Co-eternal: semuanya tidak diciptakan dan Maha Kuasa." (Ensiklopedia Katholik) Sehingga trinitI dinyatakan menjadi: "satu Tuhan dalam tiga wujud."
Hanya ada satu ayat dalam kitab suci yang dinamakan Injil tersebut yang dengan jelas mendukung dogma Kristen ini, iaitu:
"Sebab ada tiga yang memberi kesaksian di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu." (Injil - 1 Yohanes 5: 7). Dr. C.I. Scofield, D.D. dengan didukung oleh lapan orang D. D. (Doktor Ilmu Teologi) lainnya memberikan opini dalam bentuk catatan kaki tentang ayat ini:
"Secara umum disetujui bahawa ayat ini telah disisipi dan bukanlah naskah yang sah." Para fundamentalis Kristen masih mempertahankan tulisan ini, padahal semua terjemahan moden termasuk versi standard yang telah direvisi (Revised Standard Version = RSV) telah menghilangkan kecurangan ini, sehingga menegaskan pembuktian kesalahan yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an:
"Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengata-kan, "Bahwasanya Allah salah satu dari yang tiga; padahal sekali-kali tidak ada Tuhan (yang berhak di-sembah) selain Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang dikatakan itu, pasti orang orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih." (Al-Qur'an - A1 Maidah (5): 73).
Terima kasih Tuhan! Meski masih sangat perlahan, umat Kristen sedang dalam proses menemukan pemalsuan "Firman Tuhan". (petikan pendapat Ahmed Deedat, Combat Cit, Al Kautsar ).
Apakah ungkapan tersebut sungguh mengesankan, namun ayat tersebut tidak cukup untuk membuktikan kata- kata yang sebenarnya tentang Triniti. Oleh itu dalam kisah selanjutnya perkara ini akan cuba dihuraikan secara lebih terperinci oleh pengkaji. Perlu diketahui bahawa Deedat merupakan pakar perbandingan agama(bagi golongan Muslim), namun bukan seorang pakar Theologi Kristian!
Sedangkan dahulu Deedat pernah mengatakan:
Seperti yang diakui Deedat juga seperti “menutup mata” iaitu dengan mengatakan:
“Secara jujur saya tidak mengharapkan orang bertanya kepada saya tentang keyakinan saya sebagai Muslim berkenaan dengan penyaliban. Keyakinan saya adalah keyakinan Quran…”5
Saya kira beliau terlalu hebat!, sehingga tidak memerlukan pandangan orang lain atau bukan seorang objektif.
IMAN KRISTEN MENGIMANI KE-ESA-AN ALLAH :
Ajaran Kitab Suci bahawa hanya ada satu Allah sangatlah penting untuk diperhatikan, terutama kerana banyak yang tidak mempercayai ajaran ini. Ajaran ini sangat jelas sekali dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.
Yesaya 45:5
Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain; kecuali Aku tidak ada Allah. Aku telah mempersenjatai engkau, sekalipun engkau tidak mengenal Aku,
Ulangan 4:35
Engkau diberi melihatnya untuk mengetahui, bahawa Tuhanlah Allah, tidak ada yang lain kecuali Dia.
Rasul Paulus menulis kepada Timotius, “Kerana Allah itu esa (satu) dan esa pula Dia yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia, iaitu manusia Kristus Yesus?/i> (1 Timotius 2:5); demikian juga tertulis pada ayat-ayat lain :
1 Korintus 8:6
namun bagi kita hanya ada satu Allah saja, iaitu Bapa, yang dari pada-Nya berasal segala sesuatu dan yang untuk Dia kita hidup, dan satu Tuhan saja, iaitu Yesus Kristus, yang oleh-Nya segala sesuatu telah dijadikan dan yang kerana Dia kita hidup.

Efesus 4:6
satu Allah dan Bapa dari semua, Allah yang di atas semua dan oleh semua dan di dalam semua.
Yesus sendiri menekankan pentingnya ajaran Kitab Suci ini tentang ke-Esa-an Allah; ketika ia berkata:
Markus 12:29
Jawab Yesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.
BAGAIMANA DENGAN AJARAN TRINITI ?
TRINITI adalah ajaran Kristen yang paling kontroversi, kerana ajaran ini bukan saja sukar untuk dimengerti, namun banyak menimbulkan ke salah fahaman dengan timbulnya anggapan miring bahawa ‘Allah Kristen? itu tiga, jadi tidak dapat dikatakan sebagai termasuk monotheisme namun lebih tepat termasuk politheisme atau percaya akan banyak ilah. Sebaliknya kerana Alkitab secara jelas membicarakan mengenai masalah ini, tentu ajaran Triniti itu tidak akan pupus hanya kerana adanya mereka yang tidak mempercayainya.
Sebenarnya, pengertian Triniti mengungkapkan bahawa Allah Itu Esa : (Ul.6:4; Gal.3:20), namun dalam keesaanNya itu menyatakan diri dalam Tiga pribadi. Sekalipun demikian ke tiga pribadi itu sehakikat dalam kesatuan pemeliharaan Allah.
Dalam Kej.1:26;3:22;11:7, kita melihat TUHAN menyebut dirinya dalam bentuk jamak (Kita) Dan jamaknya dalam bentuk satu”ONOMA”. Kej.1:1-2 menunjuk Allah Bapa dengan Roh terlibat dalam penciptaan sedangkan Yoh.1:1 menunjukkan Allah Bapa dan Logos terlibat pada peristiwa yang sama. Jadi baik Roh mahupun Yesus sudah ada sejak awal sama halnya dengan Bapa, dan ketiganya bersatu dalam penciptaan langit dan bumi.
Kejadian 1 menunjukkan bahawa Elohim atau Allah Bapa itulah pencipta, namun kita melihat Mzm.33:8 menyebut bahawa “oleh firman TUHAN langit telah dijadikan?sedangkan Yesus disebut sebagai firman yang menciptakan segala sesuatu (Yoh.1:1-18 ), jadi rasionalnya penyataan itu identik menunjuk pada yang Esa.
ALPHA DAN OMEGA
Yesus juga disamakan dengan ALLAH sebagai Alpha dan Omega (Why.22:13; band.1:8;21:6) dan Awal dan Akhir (Why.1:17; 2:8; band. 21:6; Yes.44:6; 48:12). Ini menunjukkan bahwa Yesus sudah ada sejak awal sama dengan Bapa, jadi Yesus bukannya ciptaan yang pernah tidak ada sebelum penciptaan melainkan sudah ada sebelum adanya ciptaan.
Sekalipun disebutkan bahawa tidak seorangpun melihat Allah, TUHAN menyatakan diri sebagai Malaikat TUHAN iaitu tiga orang yang bertemu Abraham (Kej.18:1-22). Ini tentunya menunjukkan oknum Yesus yang menjelma menjadi manusia, kerana Ialah yang berfungsi menyatakan kehadiran Allah kepada manusia.
Yesus juga mengatakan bahawa Ia ada sebelum Abraham ada (Yoh.8:58 ). Ayat terakhir ini sebenarnya berkata bahawa sebelum Abraham lahir Yesus itu ‘Ada?(‘ego eimi?yang ertinya sama dengan ‘Aku adalah Aku?dalam Kel.3:14). Dalam kitab Hakim-Hakim kita melihat ke tiga oknum TUHAN, Malaikat Allah dan Roh Tuhan bekerja bersama atas diri Samson.
Yesaya menyebut mengenai keesaan Allah (Yes.44:6;45:5,22; 46:9), namun dalam surat yang sama kita melihat ketritunggalan itu hadir bersama pula (Yes.40; 48:16-17).
YESUS DIPERMULIAKAN
Juga difirmankan bahawa ALLAH tidak akan memberikan kemuliaan kepada yang lain (Yes.42:8;48:11), tetapi dalam inkarnasinya Yesus minta Bapa agar mempermuliakan Anak (Yoh.17:1,5;Why.14:7;15:4) ini menunjukkan bahawa keduanya sama-sama dipermuliakan-Tiada seorangpun yang datang kepada Bapa kalau tidak melalui Aku -Aku dan Bapa adalah satu -Barangsiapa yang menerima Aku ia juga menerima Bapa. Bernobatkan kondisi Yesus Kristus tidak pernah melakukan dosa sedangkan nabi melakukan dosa adalah wadah-Nya sebagai penghubung Bapa dengan manusia. Atau kelemahan kaum Yahudi yang sebilangan tidak menyembah dengan benar atau benarnya konsekuensi ayat ini dengan Yesus yang mengatakan-Taurat boleh diikuti dengan hanya jika seseorang itu lebih setia daripada guru-guru Taurat dan orang-orang Farisi(Matius 5:20 bandingkan dengan Galatia 3:21-29) kala itu.
Petrus mengaku Yesus sebagai Mesias dan Anak Allah (Matius. 16:16). Thomas memanggil Yesus Tuhan dan Allah (Yohanes.20: 28 ) suatu pengakuan yang kelihatannya sudah menjadi pengakuan jemaat awal mengacu pada pengakuan pemazmur (35:32).
Paulus dalam salamnya menyebut dua oknum Allah Bapa dan Tuhan Yesus Kristus sebagai kesatuan terkait (1Korintus.1:3). Demikian juga Yoh.14-16 menyebutkan oknum Roh Kudus sebagai pribadi yang menyatu dalam ke’Allah’an, justeru kerana peribadi, Roh Kudus disetarakan dengan peribadi Bapa dan Anak dalam rumus baptisan (Matius.28:19).

YESUS ADALAH ALLAH
Sebagai contoh ayat Yes.9:5 jelas menunjukkan bahawa “Allah yang Perkasa, Bapa yang kekal, dan Raja Damai?ditujukan kepada Yesus. Disebutkan bahawa Bapa mengatakan Anak sebagai ‘Allah? yang diurapi ‘Allah?(Ibrani.1:8,9) dan bukan hanya Bapa tetapi Anak pun disembah oleh malaikat dan dimuliakan (Ibrani.1:6; banding dgn. Wahyu.1:17;4:10-11;14:7;15:4; dan 19:10;22:8-9). Yesus juga disebut “Imanuel? iaitu ‘Allah menyertai kita?(Yesaya.7:14;Matius.1:23).
ROH KUDUS ADALAH ALLAH
Ayat-ayat di atas cukup jelas mengenai ke'Allah'an Yesus, dan bila kepribadian ‘Roh Kudus?juga banyak dibuktikan dalam Alkitab, bagaimana kita diyakinkan bahawa ‘Roh Kudus adalah Allah?
Sekalipun tidak secara eksplisit disebutkan, kehadiran Roh Kudus selalu dikaitkan dengan Allah (Roh Allah & Roh TUHAN). Roh Kudus juga terlibat dalam penciptaan sejak awalnya (Kejadian.1: 1-2).
Juga disebut agar ‘Jangan Mendukakan Roh Kudus?dan ‘yang menghujat tidak akan diampuni?(Matius.12:31). Menghujat Allah adalah sifat si Dajal (Wahyu.13:5,6) dan ‘neraka adalah tempat hukuman mereka yang menghujat Allah?dan tidak bertobat (Wahyu.16:9).
TRINITI DALAM ALKITAB
Sekalipun dalam Perjanjian Baru istilah Triniti tidak ada. Namun petunjuk ke arah ke’tri’tunggalan ini sangat jelas, seperti dalam peristiwa pembaptisan Yesus (Matius.3: 16-17) dimana ketiga oknum itu menyatakan diri, demikian juga perintah agung penginjilan (Matius. 28:19) yang diucapkan Yesus dengan jelas menyebutkan ke tiga oknum Allah dalam kesatuannya. Ketritunggalan itu juga tercermin dalam peristiwa pengurapan ‘Yesus yang berinkarnasi?(Lukas.4: 18-19;Yesaya.61: 1,2).
Salam Berkat Paulus mengungkapkan keesaan tiga oknum (2Korintus.13:13). Petrus menyebut Allah Bapa sebagai perencana, Roh sebagai pengudus, dan Yesus sebagai penebus (1Petrus.1:2; band.* Yesaya.48:16-17).Hal ini benar kerana peribadi tersebut tunggal dan tidak terpisah dalam erti kata lainnya satu fungsi menjalankan tanggungjawab masing-masing “satu tangan boleh menjalankan satu tindakan tetapi ada suatu ketika tangan akan melakukan benda yang sama”. Dalam erti kata sama ini adalah wujud sebagai satu fungsi peribadi yang tunggal dengan kekomplekskan tersendiri. Agak variasi sekiranya kita mengaitkan hal tersebut dengan seorang manusia tidak mempunyai watak yang sama dengan yang terdapat pada seorang yang lain atau seorang yang lain mempunyai fungsi sebagai peribadi lainnya sekalipun anak kembar.
Jadi, ke’tritunggal’an Allah berkaitan dengan pemeliharaan dan penebusan Allah yang menyeluruh kepada manusia.
Yesaya.48:16-17 mengungkapkan ketiga oknum Allah bersama-sama dalam karya keselamatan (band. 1Korintus.12:3-6), dan ‘jalan keselamatan? yang digenapi oleh Yesus yang dirintis jalannya oleh Yohanes Pembaptis merujuk nubuatan Yesaya tentang ‘jalan keselamatan ALLAH (Lukas.3:4-6;Yesaya.40:3-5).
Dari beberapa contoh ayat di atas kita dapat melihat bahawa pengertian Triniti sudah tersirat baik dalam Perjanjian Lama mahupun Perjanjian Baru, dan sekalipun tidak dirumuskan dalam suatu rumusan doktrin tertentu, dapat dilihat bahawa disedari atau tidak, jemaat pada masa Yesus dan para Rasul sebenarnya sudah mengakui ketritunggalan Allah dan kerana sudah jelas tidak perlu ada perumusan sebagai suatu doktrin.Tidaklah benar sekiranya kita menyatakan pendapat seperti pendapat Deedat bahawa satu pendapatnya adalah benar berlandaskan bukti pendapat 8 ahli theologi walhal dimanakah bukti perkara tersebut atau peribadi(tempat-perkara) atau kita terpaksa meyakini akan pendapat tersebut yang mana 8 orang tersebut kesemuanya tidak mempercayai peribadi tunggal”Triniti”? tidak! bahawa itu hanyalah satu pendapat beliau tanpa bukti seringkali ditonjolkan dengan ayat yang kurang lengkap dari segi konteks manipulasinya yang selalu menyanggah nyata.
PERKATAAN KAMI
Komen seorang ahli Theologi terhadap Deedat ialah
”dia terlalu mengkaji Al Quran sehingga terlupa mengkaji Qurannya sendiri!”.
Satu lagi ayat menyatakan benarnya Triniti ialah perkataan “Kami” MENURUT Al-Quran boleh dilihat pada An-Anbiya:30,Al-Baqarah:30 dan banyak lagi, contoh yang lebih sesuai. Jadi anda juga akan terfikir bahawa jika Muhammad itu adalah pengikut Hanif yakni samawi, manakan mungkin Al-Kitab itu diletakkan pada satu dasar iaitu “pemalsuan” Al-Kitab melainkan ia diakui benar oleh beliau. Ataupun perkataan “Kami” tersebut diambil oleh sarjana/penulis Al-Quran tanpa merujuk kontekstual sebenar seperti yang terdapat dalam kejadian 1:26(perkataan “Kita”). Iaitu antara lainnya ayat tersebut tidak difahami oleh Muhammad dan pengikutnya ketika menterjemahkan ayat tersebut iaitu berdasarkan aspektasi Quran. 10:64 Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat Allah. Selain itu dari maksud pluralnya ayat tersebut merujuk maksud jamak dimana Tuhan biasanya disebut dalam konsonan iaitu satu”Alfa & Omega”. Oleh itu ayat tersebut hanya dapat diterima dalam konteks peribadi tunggal.
Marilah kita membuka diri kepada penyataan Alkitab dan berdoa dalam nama Allah Bapa, Anak dan Roh Kudus.

BAB 5
PERSOALAN TENTANG TRINITI SECARA UMUM
SOALAN 1
Persoalan Orang Islam:
Tidak ada kata Tritunggal dalam Alkitab, apa yang dimaksud dengan Trinitas (Tritunggal) ?
Pandangan Orang Kristian :
Memahami ketritunggalan sama halnya dengan memahami hakikat dan keajaiban Allah itu sendiri. Mustahil kita percaya kepada Allah tanpa memahami hakikat-Nya yang meskipun tidak terbatas tetapi berkenan memberikan penyataan tentang diri-Nya di dalam Alkitab sesuai dengan kemampuan akal kita yang terbatas.
Meskipun kata ‘TRINITI’ tidak ada dalam Alkitab, tetapi para bapa Gereja mula-mula merumuskannya dengan dasar Alkitabiah :
Contoh ayat yang menjadi dasar pemahaman Triniti :
* Matius 28:19,
"Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam 'nama' ('ONOMA') Bapa dan Anak dan Roh Kudus,"
Bapa dan Anak dan Roh Kudus, oleh kalangan non- kristian dipandang seolah-olah 3 peribadi atau bahkan politeisme (3 allah).
Tetapi di dalam Alkitab bahasa asli ditulis dengan ‘ONOMA’ bentuk tunggal, bukan dengan ‘ONOMATA’ bentuk jamak.
Text bahasa aslinya adalah demikian :
"POREUTHENTES OUN MATHETEUSATE PANTA TA ETHNE BAPTIZONTES AUTOUS EIS TO 'ONOMA' TOU PATROS KAI TOU HUIOU KAI TOU HAGIOU PNEUMATOS"
Perubahan bentuk kata 'ONOMA':
Tunggal:
Nominatif, 'ONOMA'
Genitif, 'ONOMATOS'
Datif, 'ONOMATI'
Akusatif, 'ONOMA'
Bapa, Anak, dan Roh Kudus, masing-masing bukanlah "nama".
Konsep ini tidak bertentangan dengan TANAKH IBRANI :
Salah satu contoh ayat :
* Kejadian 1:1,
"Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi." -
"BERE'SYIT {pada mulanya} BARA' {(Dia) menciptakan} 'ELOHIM {Allah} 'ET HASYAMAYIM {langit itu} VE'ET {dan} HA'ARETS {bumi itu}"
Kata Allah dalam bahasa Ibrani 'ELOHIM menggunakan bentuk jamak tetapi dengan kata kerja tunggal, hal ini saja sudah menyiratkan keesaan Allah yang serba kompleks.
Alkitab mengajar dengan jelas bahawa Allah itu Esa :
* Ulangan 6:4,
"Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa!"
SYEMA' {dengarlah} YISRÂ'ÊL {wahai Israel} YHVH {baca: 'ADONÂY, TUHAN) 'ELOHÊYNU {Allah kita} YHVH {baca: 'ADONÂY, TUHAN} 'EKHÂD {satu, esa}
Yesus sendiri menekankan pentingnya ajaran Kitab Suci ini tentang ke-Esa-an Allah :
* Markus 12:29
Jawab Yesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.
HO DE {dan} IÊSOUS {Yesus} APEKRITHÊ {Dia menjawab} AUTÔ {kepadanya} HOTI {bahwa} PRÔTÊ {pertama} PASÔN {dari segala} TÔN ENTOLÔN {perintah-perintah} AKOUE {dengarlah engkau} ISRAÊL {Israel} KURIOS {Tuhan} HO THEOS {Allah} HÊMÔN {kita} KURIOS {Tuhan} HEIS {satu} ESTIN {Dia adalah}
Kefahaman Triniti sama sekali tidak bererti adanya tiga allah sebagaimana yang dibayangkan secara salah oleh beberapa kalangan. Maksud dari ayat ini ialah bahawa Allah itu satu adanya.
Yesus berkata kepada murid-muridNya, "Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa muridKu dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus" (Matius 28:19). Monoteisme jelas sekali dalam kata-kataNya, "baptislah mereka dalam nama"--> 'ONOMA' (single).
Yesus tidak berkata baptislah mereka dalam nama-nama 'ONOMATA' (plural) Bapa, Anak dan Roh Kudus. Namun Keesaan dipaparkan dengan jelas dalam kata-kataNya, 'ONOMA' TOU PATROS KAI TOU HUIOU KAI TOU HAGIOU PNEUMATOS" (lihat penjelasan diatas)
Allah yang Esa bukan bererti Allah seperti selonggok batu. Saya meyakini keesaan Allah yang multi-kompleks. Kata Allah dalam bahasa Ibrani 'ELOHIM menggunakan bentuk jamak tetapi dengan kata kerja tunggal, hal ini sahaja sudah menyiratkan keesaan Allah yang serba kompleks.


SOALAN 2
Pandangan orang Islam:
A) Kebohongan konsep Triniti !
Perlu diketahui bahawa ketika Yesus diutus, wilayah Palestina itu di bawah dominasi/koloni Kerajaan Romawi, yang di dalamnya juga banyak orang Yunani. Nah, ketika Yesus disalib, berita penyalibannya itu menyebar ke seluruh penjuru Timur Tengah hingga daratan Eropah (terutama Yunani). Banyak orang yang ingin mengabadikan peristiwa tentang Yesus itu. Bukan sasterawan Yunani dan Romawi saja, tetapi juga ada sasterawan dari Timur Tengah sendiri. Terbukti ditemukannya 45 injil tentang Yesus (41 apokrif dan 4 kanonik). Hanya saja waktu itu pengaruh kekuasaan Romawi begitu kuat, sehingga hanya 4 injil saja yang diakui oleh Gereja Kristen Awal sebagai kanon Perjanjian Baru. Ke-4 injil Kristen ini banyak mengutip ayat-ayatnya dari Septuaginta Perjanjian Lama berbahasa Yunani, disamping gagasan-gagasan pengarangnya sendiri, dan sudah terbukti kebusukannya (Baca: Distorsi Kanonik, Markus, Matius, Lukas, dan Yohanes).

Pandangan ahli Kristian:
Tentang Septuaginta dan Kanon Perjanjian Baru sudah dijelaskan pada tanggapan-tanggapan sebelumnya.
Kata Triniti tidak ada dalam Perjanjian Lama baik Tanakh Ibrani mahupun Septuaginta, harap jangan diarahkan bahawa Septuaginta menuliskan muatan ayat yang berbeza dengan Tanakh Ibrani; Septuaginta hanyalah terjemahan Tanakh Ibrani ke bahasa Yunani. Tetapi isinya semua sama.
Juga dalam Perjanjian Baru istilah Triniti tidak ada. Namun petunjuk ke arah ke’tri’tunggalan ini sangat jelas, seperti dalam peristiwa pembaptisan Yesus (Matius 3: 16-17) dimana Ketiganya itu menyatakan diri, demikian juga perintah agung penginjilan (Matius 28:19) yang diucapkan Yesus dengan jelas menyebutkan ke tiga oknum Allah dalam kesatuannya. Ketritunggalan itu juga tercermin dalam peristiwa pengurapan 'Yesus yang berinkarnasi' (Lukas 4: 18-19; Yesaya 61: 1,2).
Salam Berkat Paulus mengungkapkan ke-esaan Ketiganya (2 Korintus 13:13). Petrus menyebut Allah Bapa sebagai perencana, Roh sebagai pengudus, dan Yesus sebagai penebus (1 Petrus1:2; bandingkan dengan Yesaya 48:16-17).
Jadi, ketritunggalan Allah berkaitan dengan pemeliharaan dan penebusan Allah yang menyeluruh kepada manusia.
Yesaya 48:16-17 mengungkapkan ketiga oknum Allah bersama-sama dalam karya keselamatan (bandingkan dengan 1Korintus 12:3-6), dan ‘jalan keselamatan’ yang digenapi oleh Yesus yang dirintis jalannya oleh Yohanes Pembaptis merujuk nubuatan Yesaya tentang ‘jalan keselamatan ALLAH (Lukas 3:4-6; Yesaya40:3-5).
Dari beberapa contoh ayat di atas kita dapat melihat bahawa pengertian Triniti sudah tersirat baik dalam Perjanjian Lama mahupun Perjanjian Baru, dan sekalipun tidak dirumuskan dalam suatu rumusan doktrin tertentu, dapat dilihat bahawa disedari atau tidak, jemaat pada masa Yesus dan para Rasul sebenarnya sudah mengakui ketritunggalan Allah dan kerana sudah jelas tidak perlu ada perumusan sebagai suatu doktrin.
SOALAN 3.
Pandangan orang Islam:
B)Dalam Perjanjian Baru banyak terdapat kata "Bapa", "Anak", dan "Roh Kudus".
Pandangan ahli Kristian:
"Bapa", "Anak", dan "Roh Kudus" itu bukan bermaksud ada 3 Allah, kerana Matius 28:19 menggunakan kata 'ONOMA' dalam bentuk tunggal, bermaksud hanya "satu" nama sahaja.
* Matius 28:19
"Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam 'nama' ('ONOMA']) Bapa dan Anak dan Roh Kudus,"
"POREUTHENTES OUN MATHETEUSATE PANTA TA ETHNE BAPTIZONTES AUTOUS EIS TO 'ONOMA' TOU PATROS KAI TOU HUIOU KAI TOU HAGIOU PNEUMATOS"
sila berbalik ke kondisi kata ONOMA diatas.
SOALAN 4
Pandangan orang Islam:
C).Kata-kata ini sebenarnya dikutip oleh para pengarangnya dari Septuaginta Perjanjian Lama berbahasa Yunani, kerana di Perjanjian Lama sendiri, kata-kata tersebut juga banyak dijumpai. Cuma orang-orang Yahudi tidak mempertuhankan manusia dan Roh Kudus, tidak seperti Kristen yang lebih sesat itu.
Pandangan orang Kristian:
Roh Kudus = Roh TUHAN yang kudus :
Meski kalangan Yudaisme tidak mengenal kata TRINITI, tetapi mereka mengakui Roh Kudus adalah Roh Allah :
* Yesaya 63:10-11
63:10 Tetapi mereka memberontak dan mendukakan Roh Kudus-Nya; maka Ia berubah menjadi musuh mereka, dan Ia sendiri berperang melawan mereka.
Hebrew Translit. : VEHEMA MARU VEITSVU ET-RUAKH KADSHO VAYEHAFEKH LAHEM LE'OYEV HU NILKHAM-BAM
63:11 Lalu teringatlah mereka kepada zaman dahulu kala, zaman Musa, hamba-Nya itu: Di manakah Dia yang membawa mereka naik dari laut bersama-sama dengan penggembala kambing domba-Nya? Di manakah Dia yang menaruh Roh Kudus-Nya dalam hati mereka;
Hebrew Translit. : VAYIZKOR YEMEI-OLAM MOSHEh AMO AYE HAMA'ALEM MIYAM ET ROEI TSONO AYE HASAM BEKIRBO ET-RUAKH KADSHO
Bahawa mendukakan Roh Kudus adalah mendukakan Allah dapat dibandingkan dengan Mazmur 78:8, 40, 49, 56; 95:9-11; Yehezkiel 6:9; Kisah Para Rasul 7:51, dan Efesus 4:30.


BUKTI BUKTI KEILAHIAN ROH KUDUS
a) Kitab Suci menggunakan sebutan Roh Kudus dan Allah / Tuhan (ADONAI) / TUHAN (YHVH) secara interchangeable (= bisa dibolak-balik).
Contoh:
1. Bandingkan Yesaya 6:8-10 dengan Kisah 28:25-27:
* Yesaya 6:8-10
"Lalu aku mendengar suara Tuhan berkata: ‘Siapakah yang akan Kuutus, dan siapakah yang mahu pergi untuk Aku?’. Maka sahutku: ‘Ini aku, utuslah aku!’. Kemudian firman-Nya: ‘Pergilah, dan katakanlah kepada bangsa ini: Dengarlah sungguh-sungguh, tetapi mengerti: jangan! Lihatlah sungguh-sungguh, tetapi mengerti: jangan! Buatlah hati bangsa ini keras dan buatlah telinganya berat mendengar dan buatlah matanya melekat tertutup, supaya jangan mereka melihat dengan matanya dan mendengar dengan telinganya dan mengerti dengan hatinya lalu berbalik dan menjadi sembuh’. Harap jangan disalah faham ayat ini, “iman yang tulen murni adalah berasal dari cobaan”, bahawa untuk masuk ke rumah Tuhan seseorang mesti berusaha.

* Kisah 28:25-27
"Maka bubarlah pertemuan itu dengan tidak ada kesesuaian di antara mereka. Tetapi Paulus masih mengatakan perkataan yang satu ini: ‘Tepatlah firman yang disampaikan Roh Kudus kepada nenek moyang kita dengan perantaraan nabi Yesaya: Pergilah kepada bangsa ini, dan katakanlah: Kamu akan mendengar dan mendengar, namun tidak mengerti, kamu akan melihat dan melihat, namun tidak menanggap. Sebab hati bangsa ini telah menebal, dan telinganya berat mendengar, dan matanya melekat tertutup; supaya jangan mereka melihat dengan matanya dan mendengar dengan telinganya dan mengerti dengan hatinya, lalu berbalik sehingga Aku menyembuhkan mereka’".
Kalau kita membandingkan 2 bahagian Kitab Suci diatas, maka jelas terlihat bahawa apa yang dikatakan Paulus dalam Kisah 28:25-27 itu ia kutip dari Yesaya 6:8-10. Tetapi dalam Yesaya 6:8-10 itu dikatakan bahawa itu adalah ‘suara Tuhan’ kepada nabi Yesaya, sedangkan dalam Kisah 28:25-27 itu Paulus berkata bahawa ‘firman itu disampaikan oleh Roh Kudus’ dengan per-antaraan nabi Yesaya. Ini menunjukkan bahawa Roh Kudus adalah Tuhan sendiri!
2. Bandingkan Ibrani 3:7-11 dengan Mazmur 95:7b-11 dan Keluaran 17:1-7:
* Ibrani 3:7-11
"Sebab itu, seperti yang dikatakan Roh Kudus: ‘Pada hari ini, jika kamu mendengar suaraNya, janganlah keraskan hatimu seperti dalam kegeraman pada waktu pencobaan di padang gurun, di mana nenek moyangmu mencobai Aku dengan jalan menguji Aku, sekalipun mereka melihat perbuatan-perbuatanKu, empat puluh tahun lamanya. Itulah sebabnya Aku murka kepada angkatan itu, dan berkata: Selalu mereka sesat hati, dan mereka tidak mengenal jalanKu, sehingga Aku bersumpah dalam murkaKu: Mereka takkan masuk ke tempat perhentianKu’".
Kerana kata-kata dalam Ibrani 3:7-11 ini merupakan kata-kata Roh Kudus, maka kata-kata ‘mencobai Aku’ bererti ‘mencobai Roh Kudus’.
Kalau sekarang kita melihat dalam Mazmur 95:7b-11, yang hampir-hampir identik dengan Ibrani 3:7-11 tadi, maka bisa kita dapatkan dari Mazmur 95:8 bahawa itu adalah peristiwa yang terjadi di Masa dan Meriba. Dan peristiwa Masa dan Meriba itu diceritakan dalam Keluaran 17:1-7. Sekarang perhatikan Keluaran 17:7 yang berbunyi:
"Dinamailah tempat itu Masa dan Meriba, oleh kerana orang Israel telah bertengkar dan oleh kerana mereka telah mencobai TUHAN dengan mengatakan: ‘Adakah TUHAN di tengah-tengah kita atau tidak?’".
Jadi disini dipakai istilah ‘mencobai TUHAN (YHVH)’, padahal tadi dalam Ibrani 3:7-11 dikatakan bahawa mereka ‘mencobai Roh Kudus’. Ini menunjukkan bahawa Roh Kudus itu adalah TUHAN (YHVH)!
3. Bandingkan Ibrani 10:15-17 dengan Yeremia 31:33-34.
* Ibrani 10:15-17
"Dan tentang hal itu Roh Kudus juga memberi kesaksian kepada kita, sebab setelah Ia berfirman: ‘Inilah perjanjian yang akan Kuadakan dengan mereka sesudah waktu itu,’ Ia berfirman pula: ‘Aku akan menaruh hukumKu di dalam hati mereka dan menuliskannya dalam akal budi mereka, dan Aku tidak lagi mengingat dosa-dosa dan kesalahan mereka.’"
* Yeremia 31:33-34
"Tetapi beginilah perjanjian yang Kuadakan dengan kaum Israel sesudah waktu itu, demikianlah firman TUHAN: Aku akan menaruh TauratKu dalam batin mereka dan menuliskannya dalam hati mereka, maka Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umatKu. Dan tidak usah lagi orang mengajar sesamanya atau mengajar saudaranya dengan mengatakan: Kenallah TUHAN! Sebab mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku, demikianlah firman TUHAN, sebab Aku akan mengampuni kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa mereka".
Jelas terlihat bahawa Ibrani 10:16-17 merupakan kutipan sebahagian (tidak seluruhnya) dari Yeremia 31:33,34. Tetapi dalam Yeremia 31 dikatakan bahawa kata-kata itu diucapkan oleh TUHAN / Yahweh (perhatikan kata-kata ‘firman TUHAN’ dalam Yeremia 31:31,32c,34b). Sedangkan dalam Ibrani 10:15-17 dikatakan bahawa itu merupakan ‘kesaksian / firman Roh Kudus’ (Ibrani 10:15b,16b).
Disamping itu, dalam Yeremia 31 itu, yang mengadakan perjanjian, yang menaruh Taurat dalam batin umatNya, dan yang mengam-puni / tidak mengingat dosa umatNya, adalah TUHAN / Yahweh sendiri. Sedangkan dalam Ibrani 10:15-17, yang mengadakan per-janjian, yang menaruh hukum dalam hati, dan yang mengam-puni / tidak mengingat dosa, adalah Roh Kudus.
Juga perlu diperhatikan bahawa Roh Kudus dikatakan ‘tidak mengingat dosa’. Ini menunjukkan bahawa Roh Kudus mempu-nyai kuasa untuk mengampuni dosa.
Semua ini menunjukkan bahawa Roh Kudus adalah TUHAN / YHVH sendiri!
4. Sekarang mari kita lihat pada Kisah 5:3-4,9 yang berbunyi sebagai berikut:
"Tetapi Petrus berkata: 'Ananias, mengapa hatimu dikuasai Iblis, sehingga engkau mendustai Roh Kudus dan menahan sebagian dari hasil penjualan tanah itu? Selama tanah itu tidak dijual, bukankah itu tetap kepunyaanmu, dan setelah dijual, bukankah hasilnya itu tetap dalam kuasamu? Mengapa engkau merencana-kan perbuatan itu dalam hatimu? Engkau bukan mendustai manusia, tetapi mendustai Allah.... Kata Petrus: ‘Mengapa kamu berdua bersepakat untuk mencobai Roh Tuhan?’".
Perhatikan bahawa kalau dalam Kisah 5:3 Petrus berkata bahawa Ananias ‘mendustai Roh Kudus’, maka dalam Kisah 5:4 Petrus berkata bahawa Ananias ‘mendustai Allah’. Lalu dalam Kis 5:9 Petrus berkata bahawa mereka ‘mencobai Roh Tuhan’. Ini lagi-lagi menunjukkan bahawa Roh Kudus adalah Allah!
5. Dalam 1 Korintus 3:16 Paulus berkata bahawa tubuh kita adalah ‘bait Allah’ (= rumah Allah), kemudian ia melanjutkan dengan kata-kata ‘dan bahawa Roh Allah diam di dalam kamu’.
Kalau memang tubuh kita adalah bait / rumah Allah, maka seharusnya Allahlah yang tinggal di dalam tubuh kita. Tetapi Paulus mengatakan Roh Allah (= Roh Kudus) yang tinggal di dalam kita.
Dan kalau kita melihat dalam 1 Korintus 6:19 maka di sana Paulus berkata bahawa tubuh kita adalah ‘bait Roh Kudus’.
Semua ini menunjukkan bahawa Roh Kudus itu adalah Allah!
6. Dengan cara yang sama, kalau kita membandingkan Yesaya 40:13 dengan Yes 40:14 maka dapat kita simpulkan bahawa ‘Roh TUHAN’ dalam Yesaya 40:13 itu adalah 'TUHAN' dalam Yesaya 40:14.
b) ALKITAB menunjukkan bahawa Roh Kudus mempunyai sifat-sifat Allah seperti:
1. Kekal (Ibrani 9:14).
2. Mahaada (Mazmur 139:7-10).
3. Mahatahu (1 Korintus 2:10-11, Yesaya 40:13).
1 Korintus 2:10-11 yang menunjukkan bahawa Roh Kudus itu tahu apa yang ada dalam diri Allah, jelas menunjukkan bahawa Roh Kudus itu mahatahu!
4. Mahakuasa (Matius 12:28 ).
5. Suci.
Ini terlihat dari sebutan ‘kudus’, dan juga terlihat dari Efesus 4:30 yang menunjukkan bahawa dosa kita mendukakan Roh Kudus.
c) Kitab Suci juga menunjukkan bahawa Roh Kudus melakukan pekerjaan-pekerjaan ilahi seperti:
1. Penciptaan (Kejadian 1:2, Ayub 33:4).
2. Melahirbarukan (Yohanes 3:5-6, Titus 3:5).
3. Membangkitkan Yesus (Roma 8:11).
d) Nama Roh Kudus ditempatkan dalam posisi yang sejajar dengan nama Bapa dan Anak, seperti dalam Mat 28:19 dan 2Kor 13:13.
Perlu kita ingat bahawa dalam Mat 28:19 nama Bapa, Anak dan Roh Kudus disejajarkan bukan dalam sembarang peristiwa, tetapi dalam formula baptisan. Adalah aneh, bahkan tidak masuk akal, kalau Yesus memerintahkan supaya seseorang dibaptis dalam nama Bapa (yang adalah Allah), Anak (yang juga adalah Allah), dan Roh Kudus (yang bukan Allah, bahkan bukan pribadi).
Demikian juga dalam 2 Korintus 13:13 Paulus menyejajarkan Yesus, Allah (Bapa) dan Roh Kudus, bukan dalam peristiwa sembarangan, tetapi pada saat ia memberi berkat kepada gereja Korintus.
Kerana itu bisa disimpulkan bahawa dalam 2 ayat tersebut, penyejajaran Bapa, Anak dan Roh Kudus menunjukkan bahawa 3 pribadi itu setingkat! Dan ini membuktikan bahawa Roh Kudus adalah Allah sendiri!
Bahawa Yesus dan Roh Kudus juga adalah Allah, sebagaimana Bapa adalah Allah, jelas menunjukkan adanya kejamakan dalam diri Allah.
YESUS ADALAH ALLAH
Yohanes 1:1 dengan jelas kepra-beradaan Yesus Kristus sebagai LOGOS, dan ... THEOS
* Yohannes 1:1
Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah
en arkhê ên ho logos kai ho logos ên pros ton theon kai theos ên ho logos
* Yohanes 1:14
Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, iaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran.
APA YANG ADALAH ALLAH, FIRMAN ITULAH DIA
WHAT GOD WAS, THE WORD WAS.
Kemudian, Yesaya 9:5 jelas menunjukkan bahawa “Allah yang Perkasa, Bapa yang kekal, dan Raja Damai” ditujukan kepada Yesus. Disebutkan bahawa Bapa mengatakan Anak sebagai ‘Allah’ yang diurapi ‘Allah’ (Ibrani1:8,9) dan bukan hanya Bapa tetapi Anak pun disembah oleh malaikat dan dimuliakan (Ibrani 1:6; band.* Wahyu1:17;4:10-11;14:7;15:4; dan 19:10;22:8-9). Yesus juga disebut “Immanuel” iaitu ‘Allah menyertai kita’ (Yesaya 7:14; Matius 1:23).
dan masih banyak bukti-bukti yang lain yang sudah dijelaskan pada tanggapan-tanggapan sebelumnya.
SOALAN 5
Pandangan orang Islam:
D)Adapun mengenai penuhanan terhadap Yesus dan Roh Kudus, yang tergabung dalam konsep Triniti , sesungguhnya merupakan karangan tokoh-tokoh Gereja Kristen Awal Kemudian yang dipelopori oleh Paulus Tarsus untuk menyesatkan umat manusia. Dan gagasan tentang konsep Triniti ini sesungguhnya merupakan ikutan dari ajaran-ajaran Triniti yang sangat popular pada saat itu, iaitu:
1. Ajaran Triniti di Mesir: Iziris, Auzuris, dan Huris.
2. Ajaran Triniti di India: Brahma, Wisynu, dan Syiwa.
3. Ajaran Triniti di Yunani: Zeus, Poseidon, dan Pedos.
4. Ajaran Triniti di Romawi: Jupiter, Nipton, dan Pluton.
Jadi, injil-injil yang ada dalam Alkitab sekarang itu jauh lebih banyak bohongnya berbanding dengan hal sebenarnya dialami oleh Yesus/Nabi Isa as sendiri. Banyak sekali pernyataan Yesus yang sebenarnya merupakan karangan dari sasterawan Yunani dan Romawi tersebut. Terlalu mudah untuk membuktikan kebohongan injil ini. Di satu sisi, ia banyak mengutip nubuat Perjanjian Lama (yang sebenarnya melenceng semua), tetapi di lain pihak ia juga banyak pertentangannya dengan Perjanjian Lama itu sendiri. Kerana para pengarang injil tampaknya lebih menonjolkan gagasannya ketika mengarangnya, sehingga tidak menguasai Perjanjian Lama, akibatnya banyak ayat injil yang tidak sinkronis dengan Perjanjian Lama yang mereka jadikan salah satu rujukannya itu.


Pandangan orang Kristian:
Konsep Triniti dalam pemahaman Kristiani tidak mengikut dalam ajaran-ajaran Paganisme seperti yang disebutkan diatas. Alkitab dengan jelas menunjukkan keesaan Allah. Saya meyakini keesaan Allah yang multi-kompleks. Kata Allah dalam bahasa Ibrani 'ELOHIM menggunakan bentuk jamak tetapi dengan kata kerja tunggal, hal ini sahaja sudah menyiratkan keesaan Allah yang serba kompleks.
Sebenarnya kita dapat menggunakan ilustrasi untuk mempermudah pengkajian tentang tritunggal. Manusia sendiri dapat terdiri atas roh, manusia dapat berbicara, dan manusia itu merupakan "satu" hakikat Hanya ada "satu" Allah, bukan "tiga" Allah. Dialah Sang Pencipta alam semesta. Yang disebut Tritunggal adalah suatu istilah dan penjelasan teologis mengenai keberadaan yang ada di dalam diri Allah yang Esa itu. Haruslah ditegaskan bahawa iman Kristen adalah suatu iman yang menegaskan tauhid (keesaan Allah) sebagaimana yang nyata dalam ayat-ayat berikut ini :
* Ulangan 6:4
"Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa!"
SYEMA' {dengarlah} YISRÂ'ÊL {wahai Israel} YHVH {baca: 'ADONÂY, TUHAN) 'ELOHÊYNU {Allah kita} YHVH {baca: 'ADONÂY, TUHAN} 'EKHÂD {satu, esa}
Yesus sendiri menekankan pentingnya ajaran Kitab Suci ini tentang ke-Esa-an Allah :
* Markus 12:29
Jawab Yesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.
HO DE {dan} IÊSOUS {Yesus} APEKRITHÊ {Dia menjawab} AUTÔ {kepadanya} HOTI {bahawa} PRÔTÊ {pertama} PASÔN {dari segala} TÔN ENTOLÔN {perintah-perintah} AKOUE {dengarlah engkau} ISRAÊL {Israel} KURIOS {Tuhan} HO THEOS {Allah} HÊMÔN {kita} KURIOS {Tuhan} HEIS {satu} ESTIN {Dia adalah}
Kefahaman Ketritunggalan yang kudus sama sekali tidak bermaksud adanya tiga allah sebagaimana yang dibayangkan secara salah oleh beberapa orang. Maknanya dari pamahaman ini ialah bahawa Allah itu satu adanya.....
- Berada dalam diriNya sendiri, Ia menyatakan diriNya sebagai Bapa
- Berbicara dalam FirmanNya. Ia menyatakan diriNya sebagai Anak, yakni Firman.
- Hidup dalam RohNya, Ia menyatakan diriNya sebagai Roh Kudus.
Kita jangan menarik pengertian dari nama-nama ini bahawa ada satu hubungan jasmaniah sebagaimana lazimnya pada sifat manusiawi, kerana hal tersebut memiliki satu pengertian rohani.
Nama-nama ini tidak ditetapkan atau ditemukan manusia, melainkan adalah kata-kata dari ilham ilahi dalam Kitab Kudus, sebagaimana yang anda dapat lihat pada ayat-ayat berikut ini:
1. Yesus berkata kepada murid-muridNya, "Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa muridKu dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus" (Matius 28:19). Monoteisme jelas sekali dalam kata-kataNya, "baptislah mereka dalam nama"--> 'ONOMA' (single). Yesus tidak berkata baptislah mereka dalam nama-nama 'ONOMATA' (plural) Bapa, Anak dan Roh Kudus. Namun Ketritunggalan dipaparkan dengan jelas dalam kata-kataNya, "Bapa dan Anak dan Roh Kudus." (lihat penjelasan diatas)
2. Rasul Yohanes dengan jelas sekali menegaskan pengertian ini, "Dan ada tiga yang memberikan kesaksian di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu" (I Yohanes 5:7).
Bapa, Anak dan Roh Kudus. Inilah Tritunggal Kudus dalam satu-satunya Allah yang kepadaNya kami percaya.
“Untuk menjadi Kristian atau percaya kepada Yesus bukanlah hasil pekerjaan manusia,bukan juga hasil penginjilan atau pendeta, namun adalah pekerjaan Tuhan, atau pekerjaan Rohul Kudus itu sendiri didalam hati manusia.”(Prof.Dr. K.A.M Yusuf Roni@Abubakar Masyur Yusuf Roni).
BAB 6
KONSEKUENSI AYAT-AYAT AL-QURAN
Al Maidah 46
“Dan Kami iringkan jejak mereka(nabi-nabi Bani Israel) dengan Isa Putera Maria),membenarkan kitab yang sebelumnya,yaitu:Taurat. Dan Kami telah memberikan kepadanya Kitab Injil yang sedang didalamnya (ada)petunjuk dan cahaya(yang menerangi), dan membenarkan kitab yang ada sebelumnya, yaitu kitab Taurat. Dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa.”
Selain itu, terdapat juga perkataan Kami dalam An Nissa :59.
Triniti dalam agama Islam bukan bererti triniti dalam ajaran Kristian.
Contoh lain seperti di dalam setiap terjemahan dengan kata Kami. Saya ingin bertanya kepada Jaksa apakah kata-kata kami itu menunjukkan satu atau lebih? Kalau ingin konsekuensi semua kata-kata menunjukkan Allah harus “Aku’, jangan ada yang “Kami”(Jusuf Roni).
Sebutan kepada Allah selalu ada kata-kata RABBU atau RABBI atau RABBA.
Triniti ini bukan menunjukkan bererti Tuhan itu ada tiga, Tuhan tetap satu, tetap Esa.
Sekalipun dalam ajaran Kristian ada Triniti , tidak pernah saya bayangkan Tuhan itu ada tiga,Tuhan saya tetap satu, hanya tiga menifestasi iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus. Dengan kata lain, Bapa adalah digelar Pencipta, sedangkan Anak digelar Firman, dan Roh Kudus adalah Petunjuk.
Bukankah dalam ajaran Islam itu mengakui Allah itu Pencipta? Namun dalam ajaran Kristian itu disebut Bapa!
Allah itu berfirman?, dalam Kristian Firman itu adalah Anak(Yohanes 1:1). Allah itu memberi Petunjuk ? maka dalam Kristian disebut Roh Kudus!
Islam dan Kristian menyembah sama kepada Allah yang Esa, tidak pernah dalam Kristian membayangkan Tuhan di Sorga itu ada tiga.! Contohnya 1. Matahari itu sendiri, 2. Panasnya matahari, 3. Sinarnya matahari. Ada berapa matahari? Ada tiga, sudah tentu tidak! Tapi bicara matahari bererti bicara panasnya, juga sinarnya matahari!
Walaubagaimanapun, K.A.M Jusuf Roni mengatakan:
“dilain pihak saya dipersalahkan kerana memberi tafsir Al-Quran menurut tafsir saya sendiri! Bukankah tafsir itu sendiri sudah merupakan keyakinan seseorang! Kerana keyakinan tafsir itu sendiri maka saya memilih Yesus-lah Juruselamat.”(Jusuf Roni 79:121).
“’Untung saya menjadi Kristian bukan terpikat kerana orang-orangnya, pendeta-pendetanya, gereja-gerejanya, terpikat kerana ajaran Tuhan Yesus lewat FirmanNya.”(Op.Cit Jusuf Roni hal. 109).
Memetik pandangan Jusuf Roni
Mengapa saya masuk Islam karangan M. Zulkarnain (Eddy Crayn Hendrik) seorang yang tadinya beragama Kristian lalu masuk Islam. Dalam bukunya ini, dia menceritakan bagaimana dia masuk Islam, dengan mengutip ayat-ayat Alkitab dan menafsirkan yang salah menurut ajaran Kristian. Dan juga Rasul Paulus dicaci maki sebagai rasul palsu!(Prof.K.A.M Jusuf Roni 1979).
BAB 7
ASAS PERKHABARAN INJIL
Bagi orang Kristian bukanlah suatu perkara mengkristianisasikan seluruh umat manusia. Kerana agama Kristian adalah agama missioner atau agama dawah yang mempunyai kewajipan untuk memberitakan injil keselamatan ke seluruh dunia. Pohon keberatan bahawa agama Kristian jangan dipandang agama paksaan (memaksa orang mengikutnya).
28:18 Yesus mendekati mereka dan berkata: "Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di sorga dan di bumi. 28:19 Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, 28:20 dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman."
Patut diketahui bahawa maksud perkhabaran injil terdapat dalam tiga bahagian:
a.Informasi: memberikan penerangan dan pemberitaan tentang iman Kristian, tentang jalan keselamatan kepada sesiapa sahaja agar orang tahu bahawa Yesus adalah Juruselamat.
b.Persuasi:Menjawab setiap pertanyaan dari sesiapa sahaja yang ingin bertanya tentang Yesus Kristus itu, sesuai dengan apa yang ada dalam Alkitab.
c.Edukasi:Mendidik umat Tuhan dalam melaksanakan ajaran Tuhan.1








1. Kemas Abubakar Masyur Yusuf Roni, 1979. Pembelaku yang Agung. Jusuf Roni Crusades:Jakarta Pusat.
KAMUS
Apriori: bukti dapat diterima
Edukasi: terjemahan pinjaman kata akar bahasa Inggeris ”education”.
Triniti: sama maksud dengan Tritunggal atau Trinitas
Kristen /Kristian: merujuk kepada gelaran orang Kristen
Kristiani: pengikut Kristian atau orang Kristian
Kristianisasi: gerakan mengkristiankan
Pengantar Kata akar Alkitab:
Mzm: Mazmur,
Yes: Yesaya,
Yoh: Yohanes,
Mat: Matius dan sebagainya perlu dirujuk kepada Alkitab(perjanjian Lama dan Perjanjian Baru).
Yusuf Roni: Jusuf Roni

No comments: