Monday, August 18, 2008

Penyakit Kristian sekarang ialah menyembah aliran gereja jika anda ingin ke surga bacailah pengalaman ini

Sebagai seorang Kristian, saya telah membaca banyak bahan bacaan Kristian. Namun pada masa dulu saya pernah mempersoalkan bahawa kenapa ada mereka yang mati dan bangun kembali masing-masing meamakai cerita dari surga dan neraka, dan ceritanya seperti Silva Obed, Dr. Rawling, mahupun cerita seangkatan lain seperti Thomas Choo, Jennifer Perez, Mary Katryn Baxter dan sebagainya. Pada masa itu pendapat saya hanya terletak pada mengkaji dari segi beberapa aspek.
Hal tersebut adalah kerana alasannya ia tidak logik dari segi hukum Bible, Kerana Tuhan Yesus mengatakan dalam. Joh 3:13 Tidak ada seorangpun yang telah naik ke sorga, selain dari pada Dia yang telah turun dari sorga, yaitu Anak Manusia.
Bagi saya menggap perkara tersebut benar adalah meminggirkan Bible sendiri, maka Bible itu boleh dianggap salah dan semestinya perlu diubah atau ditambah lagi, tetapi tangan siapakah yang mampu mengubahnya selain Tuhan.
Saudaraku jawapannya terletak pada nubuatan, ianya tidak boleh diterima sebagai kenyataan masa kini, tetapi cukup sekiranya dipadankan dengan nubuatan-nubuatan nabi zaman Taurat dahulu. Dimana bukan terjadi pada masa ini tetapi perkara yang benar pada masa akan datang.
Dan bukti kedua adalah ayat bukan kehendak-Ku tetapi kehendak-Mu yang jadi . Tuhan membenarkannya terjadi maka ianya harus terjadi pada masanya. Seseorang dipanggil untuk menerangkan kepada dunia apa yang akan terjadi kepada dunia. Malah dengan cara yang mengelirukan dan sukar untuk difahami secara realiti. Namun Tuhan berhak memakai cara-Nya.
Seterusnya apakah jawapannya, dalam ayat kitab ada mengatakan:
Deu 32:39 Lihatlah sekarang, bahwa Aku, Akulah Dia. Tidak ada Allah kecuali Aku. Akulah yang mematikan dan yang menghidupkan, Aku telah meremukkan, tetapi Akulah yang menyembuhkan, dan seorangpun tidak ada yang dapat melepaskan dari tangan-Ku. (ITB Bible)
Cuba kita padankan ayat ini, Lihatlah sekarang, bahwa Aku, Akulah Dia. Tidak ada Allah kecuali Aku. Akulah yang mematikan dan yang menghidupkan, Aku telah menciptakan Bible, tetapi Akulah yang mengubahkannya, dan seorangpun tidak ada yang dapat melepaskan dari tangan-Ku. Berdasarkan ayat tersebut saya mendapat variasi bahawa ia memang bukan kehendak manusia tetapi kehendak Tuhan, malah Yesus pernah mengatakan bukan kehendak-Ku tetapi kehendak-Mu yang jadi. Dengan ketetapan tersebut maka Tuhan berhak mengundang atau memimpin seseorang yang mahu dipakai-Nya demi kemuliaan-Nya untuk menunjukkan kepada dunia akan perkara-perkara yang akan terjadi melalui pelbagai cara sebagai contoh kepada dunia dan Tuhan itu benar dan nyata.
Tidak cukup dengan itu, malah saya telah tersimpul dalam doktrin gereja, saya sebenarnya ditahbiskan untuk mashab Anglikan dan pada masa yang sama telahpun dibaptiskan di gereja SIB. Namun dari segi penggunaan jamuan sucinya lain, dimana yang lainnya menggunakan wain asli bercampur alkohol bagi pihak Anglikan dan SIB menggunakan Wain Jus tanpa alkohol. Sementara seringkali terjadi apabila Tuhan ingin melakukan mukjizat dalam perjanjian lama untuk membebaskan atau memenangkan orang Israel, perkara yang akan dinyatakan Tuhan mesti TIDAK BERAGI,malah korban bakaran atau persembahan kaum Israel kepada Tuhan dikehendaki TIDAK BERAGI. Sementara dalam perjanjian baru tidak pula ditujukkan Yesus menggunakan wain beralkohol, hanya namanya wain saja, sementara hanya ayat 1Ti 5:23 Stop drinking only water. Take a little wine to help your stomach trouble and the other illnesses you always have. Menyangkut bergunanya wain, namun tidak dinyatakan wain jenis apa minum jus wain atau wain beralkohol. Sekalipun semasa Yesus mengatakan ayat 1Co 11:25 After the meal, Jesus took a cup of wine in his hands and said, "This is my blood, and with it God makes his new agreement with you. Drink this and remember me."

Malah sesuatu yang beragi tidak dikehendaki sekalipun apa-apa bahan yang boleh dicampur sehingga menjadi minuman keras seperti ayat berikut, Lev 2:11 Suatu korban sajian yang kamu persembahkan kepada TUHAN janganlah diolah beragi, karena dari ragi atau dari madu tidak bo leh kamu membakar sesuatupun sebagai korban api-apian bagi TUHAN, dan satu perkara yang paling simbolik adalah roti tidak beragi sebagi simbol kemurnian dan kebenaran 1Co 5:8 . Sementara ayat lain contohnya ayat, Exo 12:19, Exo 12:19 Tujuh hari lamanya tidak boleh ada ragi dalam rumahmu, sebab setiap orang yang makan sesuatu yang beragi, orang itu harus dilenyapkan dari antara jemaah Israel, baik ia orang asing, baik ia orang asli. Ayat lainnya pula seperti Exo 12:17, Exo 12:15, Exo 13:7, Lev 2:4, Deu 16:16, Num 28: 17 , Jdg 6:20, Jos 5:11, 1Sa 28:24, 2Ki 23:9, 1Ch 23:29 . 1Co 5:7 Buanglah ragi yang lama itu, supaya kamu menjadi adonan yang baru, sebab kamu memang tidak beragi. 1Co 5:6 Kemegahanmu tidak baik. Tidak tahukah kamu, bahwa sedikit ragi mengkhamiri seluruh adonan?

Malah jika kita mengambil pendekatan bahawa adonai adalah panggilan oraang Israel akan Tuhan maka ragi akan mencemari seluruh Tuhan, bukan Tuhan dicemari tetapi dalam maksud simboliknya kita dibusuki dan dijauhi Tuhan. Malah pendapat ini disokong keras oleh penulis SDA yang pertama terima Gold Medal dari Pope suatu masa dahulu iaitu Profesor Samuele melalui bukunya iaitu Wine In The Bible. Dan perkara ini membuka kata bahawa sehingga kini timbul percanggahan pendapat diantara mashab mengenai penggunaan Wain dalam gereja.

Nah saudaraku, apalagi kalau kata orang gajah sama gajah bertarung pelanduk mati ditengah-tengah, pemimpin sama pemimpin rakyat terkandas ditengah-tengah pula, itukan pula saya sebagai pengikut mau sokong mana? Perkara ini amat sukar diselesaikan sehingga saya hanya mampu mendiamkan perkara tersebut, pernah mendapat reaksi Master atau Paderi namun ia tidak cukup untuk menyelesaikan masalah tersebut. Namun sebagai orang percaya, perkara ini saya utarakan kepada Tuhan sendiri. Dan akhirnya Tuhan membuka mata saya dengan memperlihatkan saya perkara pertama bahawa orang Anglikan yang menggunakan Wain beralkohol untuk jamuan sucinya boleh melakukan mukjizat dengan nama Tuhan.

Namun akhirnya suatu perkara yang Tuhan pertunjukkan kepada saya ialah melalui ayat Luk 17:21 juga orang tidak dapat mengatakan: Lihat, ia ada di sini atau ia ada di sana! Sebab sesungguhnya Kerajaan Allah ada di antara kamu." Maknanya bukan di Petrus atau di pihak Paulus tetapi ada di Petrus dan Paulus, atau di SDA, SIB atau Anglikan tetapi ada disemuanya, Cuma caranya bagaimana, dan ianya sukar untuk difahami manusiawi seperti kita. Nah saudaraku, suatu perkara bahawa banyak orang Anglikan boleh berdoa demi nama Yesus dan menyembhkan orang sakit, berbahasa Roh dan sebagainya seperti juga tanda orang percaya dalam ayat Mar 16:17,18. Dan semua ini kalau bukan dengan kuasa Roh Kudus, manakan bisa. Sementara dalam Mar 3:29 Tetapi apabila seorang menghujat Roh Kudus, ia tidak mendapat ampun selama-lamanya, melainkan bersalah karena berbuat dosa kekal." Telah diketahui bahawa berdegil,atau mempersalahkan kuasa Roh Kudus bisa disamakan dengan menghujat Roh Kudus. Jadi untuk mempersalahkan gereja kerana Wain adalah perkara kecil, bukan seharusnya menjadi alasan untuk bertukar agama.

Hanya apa yang pasti kerana seseorang itu minum arak maka hatinya berterbangan sekejap disana sekejap disini. Apalagi dengan Tuhan sekejap mengatakan bertobat dan sekejap menafikannya, sekejap diterima Tuhan sekejap tidak! Kata orang Versi ini Lebih baik tiada daripada ada. Rom 14:21 It is best not to eat meat or drink wine or do anything else that causes problems for other followers of the Lord. Kurang aman kalau begitu, maka pada masa kini saya memilih untuk mengikut gereja SIB dimana yang saya kira mampu meningkatkan iman saya dengan cepat.

Saudaraku seharusnya iman bertumbuh melalui banyak pertanyaan, malahan cobaan, malahan perkara yang iblis gunakan untuk menjatuhkan kita termasuk dengan perkara yang dianggap seolah-olah perkara benar tetapi ianya penuh mengelirukan dan memutus-asa kan. Hal ini telahpun dilalui oleh Ayub. Saya mengakui bahawa tindakan ibadah yang dilakukannya selama ini adalah kerana “kata orang“ sampai akhirnya melalui pergumulan iman yang panjang itu barulah Ayub mengenal Allah yang sejati. Saudaraku walauapapun jangan risau sebagai orang percaya perlunya cabaran supaya kita mendapat iman yang sejati dan seterusnya hidup kekal. Tetaplah dalam roh dan kebenaran! Amen.
However i never forget to tell you something, it’s on that sound! :
Thus, in Islamic jurisdiction, it became a legal precedent which states that you are only allowed to make peace for a maximum of 10 years. Secondly, at the first instance that you are able, you must renew the jihad [thus breaking the "peace" agreement]. (Moshe Sharon, Prof in Islamic History, Hebrews University, Jerusalem).

No comments: